Hati-hati kawan! Bergaduh berpada-pada. Jangan melampau ketepikan akhlak, sanggup berdusta. Itu sifat orang munafik!
Petikan
Jimat ketika senang itu tanda iman
Walaupun air hujan mencurah-curah turun di seluruh pelusuh negaraku Malaysia, saya nak kempen jimat air.
Berjimat ketika kekurangan air, itu amalan orang biasa.
Berjimat ketika air melimpah-ruah, itu amalan orang beriman.
Jom terus berjimat.
Musibah datang musibah pergi
Musibah datang musibah pergi
Tiap orang tiap diri
Berat ringan pasti diuji
Jadi tanda Tuhan sayangi
Hari istimewa
Istimewa 31 Ogos 2017 padanya ada sunnah berpuasa dan takbir hari raya bermula selepas Solat Subuh pagi itu.
Ibadah 10 hari
10 akhir Ramadhan sunat ditekuni dengan ibadah. 10 awal Zulhijjah sunat juga ditekuni dengan ibadah.
Taqwa dan Syukur
Ramadhan membuah taqwa lalu dirai dengan Eidulfitri. Zulhijjah membuah syukur lalu dirai dengan Eiduladha.