Cukuplah!

Cukuplah!
.
Ramadhan kali ni tercemar dek kes buli sampai mati, bergaduh sebab kurma, bertumbuk kerna mulut celupar sebut “kepala bapak kau”, ketegangan politik Saudi dan Qatar, apa lagi nak tambah??
.
Dalam Facebook pun tak habis-habis kecam, kutuk, ejek, sindir-perli..
.
Mana ucapan “Ramadhan karim” yang maksudnya Ramadhan mulia, maka kena beringat supaya tingkahlaku kita pun mulia juga.
.
Apatah lagi Ramadhan ini “mubarak”, diberkati. Amalan sedikit, ganjarannya berlipat ganda.
.
Kenapa mulut dan tangan masih tak nak jaga??
.
Sungguh kecewa diri ini!
.
Sudah-sudahlah tu..
.
Cuba tengok balik, puasa bulan Ramadhan ni apa tujuannya?
.
Kita dapat capai tak tujuan tu?
.
Nak jadi orang bertaqwa, tangan dan mulut kena jaga.
.
Nak jadi orang bersyukur, tangan dan mulut kena jaga.
.
Jomlah, berhenti sampai sini je biarkan tangan dan mulut tak terjaga tu.
.
Semak balik, macam mana ciri orang bertaqwa.
.
Semak balik, macam mana ciri orang bersyukur.
.
Sama-sama kita kongsi cara nak jadi orang bertaqwa dan bersyukur itu lebih baik.
.
Atau pun tahan saja tangan dan mulut tu daripada menaip-menyebut apa-apa di media sosial ni.
.
Kalau nak bersama saya, kongsikan hash tag #TipsTaqwa dan #TipsSyukur.
.
Sama-sama kita perbanyakkan bekalan ke akhirat.
.
Satu orang ikut tips kita, bertambah bekalan pahala di akhirat.
.
Satu orang kongsi tips kita, bertambah panjang tips tersebar, bertambah banyak bekalan pahala di akhirat.
.
Tak nak selamat dan bahagia ke di akhirat?
.
Kalau nak, jom tahan tangan dan mulut tu, jom kongsi tips jadi orang bertaqwa dan bersyukur.

Api neraka 70 kali ganda kepanasan api di dunia

Jadikan hari Jumaat hari untuk mengingati kedatangan kiamat dan kedahsyatan neraka.

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Api kalian (di dunia ini) merupakan bahagian dari tujuh puluh bahagian api neraka jahannam”. Ditanyakan kepada baginda; “Wahai Rasulullah, satu bahagian itu saja sudah cukup (untuk menyiksa pelaku maksiat)?” Baginda bersabda: “Ditambahkan atasnya dengan enam puluh sembilan kali lipat yang sama panasnya”.

[Hadith Riwayat Al-Bukhari dalam kitab shahihnya bab Sifat neraka dan sesungguhnya ia adalah mahkluk]

Hari ini kita mendengar berita bahagian utara negara haram Israel sedang terbakar hebat, luasnya mungkin kira-kira seluas seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Mungkin merebak luas lagi.

Ada yang mengatakan ini pengajaran buat zionis atas kekejamannya selama ini dan kejahatannya melarang laungan azan. Namun di pihak mereka, mereka menuduh ia adalah perbuatan pengganas, ini memungkinkan mereka akan membalas dengan menyerang Ghaza. Sama-sama kita doakan keselamatan buat saudara-saudara kita di Ghaza.

#prayforghaza #prayforpalestine #saveghaza #savepalestine #ghaza#palestine

Jumaat hari ingati kiamat yang datang pada hari Jumaat

Hari Jumaat hari untuk mengingatkan diri mengenai akhirat yang mana kiamat akan datang pada hari Jumaat.

Jom belek cerita akhirat oleh sahabat Nabi s.a.w, Jabir bin Abdullah dalam Shahih Muslim, bab kedudukan penghuni Syurga yang paling rendah:

Jabir bin Abdullah ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka dia menjawab, “Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Apa itu di atas manusia? Lalu dipanggillah umat-umat dengan berhalanya, dan sesuatu yang mereka sembah dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Rabb kita datang kepada kita lalu berfirman, ‘Siapakah yang kalian tunggu? ‘ Maka mereka pun menjawab, ‘Kami menunggu Rabb kami.’ Allah berfirman, ‘Akulah Rabb kamu’. Mereka berkata, ‘Sehingga kami melihat-Mu dulu’. Tampaklah pada mereka Rabb tertawa.” Jabir melanjutkan, ‘Lalu Allah membawa mereka, dan mereka pun mengikutiNya. Setiap seorang di antara mereka baik munafik atau mukmin akan diberi Cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam (titian sirath). Di atasnya terdapat besi-besi pengait dan berduri yang merenggut siapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama sejumlah tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, kemudian demikianlah seterusnya. Kemudian syafa’at diizinkan. Mereka pun meminta syafa’at, sehingga mereka dapat keluar dari Neraka, yaitu orang yang mengucapkan, ‘Laa Ilaaha Illaahau (Tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Allah) ‘, dan dahulu di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Surga, lalu Ahli Surga akan memercikkan mereka dengan air sehingga daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir, dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia (orang terakhir meminta), sehingga diberikan kepadanya dunia dan sepuluh kali lipatnya.”

Jumaat Hari untuk Menggerunkan hati!

Jumaat hari akan berlakunya kiamat. Maka ia sering dijadikan hari menggerunkan hati terhadap kiamat. Lalu Solat Subuh pagi Jumaat biasa Nabi s.a.w membaca surah As-Sajdah rakaat pertama dan surah Al-Insan rakaat kedua, kedua-dua surah ada cerita kedasyatan kiamat. Masa khutbah Jumaat pun Nabi menyeru taqwa yang menggerunkan hingga kadang nampak merah muka baginda berkhutbah menunjukkan betapa seriusnya isi yang disampaikan.

Apakah kita asyik nak mengingat Jumaat sebagai hari untuk pasangan suami isteri ‘beradu’ sedangkan kesahihan hadith yang mengatakannya ia sunat pada malam Jumaat betulkah ada?

Ayuh berubah, jadikan Jumaat hari menggerunkan hati kepada kiamat. Kiamat diri kita sendiri (mati) boleh datang tiba-tiba. Gerunilah ia!

Tips mencapai taqwa dan menjadi orang yang bersyukur

Dikongsikan tips mencapai taqwa dan menjadi orang yang bersyukur yang telah dipos ke Facebook dalam bulan Ramadhan lalu:
#1

Puasa bulan Ramadhan melatih kita mencapai syukur selain untuk mencapai taqwa.

Jom amal doa Nabi Sulaiman minta Allah tetapkan diri dengan kesyukuran dalam ayat 19 surah semut (An-Naml), baginda ucapkan doa ini atas rasa syukur dengan nikmat dapat mendengar dan memahami bahasa komanden semut yang arahkan semua semut masuk dalam sarang kerana tentera Nabi Sulaiman akan lalu. Doanya:

َ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

#2

Dalam ayat 15 surah Al-Ahqaf, Allah membawa kita mengenang jasa ibu-bapa ke atas kita selepas menegaskan kewajiban berbuat baik kepada keduanya. Lalu kemudiannya kita diajarkan doa ini sebagai tanda syukur atas jasa-jasa mereka:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

#3

Ayat 12 Surah Al-Hujurat ada seruan taqwa daripada Allah. Perhatikan ayat ini, betapa banyak kalinya kita terjerumus dengan dosa-dosa yang disebut. Tips bertaqwa dalam ayat ini, bila mulut nak mengumpat, bayangkan anda sedang cuba mengunyah mayat orang yang anda nak umpatkan itu.

Ayatnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

‪#‎Syukurselalu‬ Al-Quran sudah tersedia menempelak dan menyedarkan semula kalau kita terleka melakukan dosa, bacalah Al-Quran yang sudah bersedia menegur keterlekaan kita.

#4

Kadangkala ada nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tetapi tidak kepada yang lain. Kembalikanlah ingatan kepada Allah dengan menyebut zikir tahmid ini sebagai tanda syukur, tahmid yang disebutkan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam ayat 15 Surah An-Naml:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.

#5

Apakah ucapan yang patut diungkap sebagai tanda syukur atas suatu nikmat yang tidak disangka-sangka dikurniakan kepada kita? Lihat ayat 40 Surah An-Naml, bagaimana ucapan Nabi Sulaiman bila diberi nikmat yang sangat besar, singgahsana ratu negeri Saba’ dibawa kepadanya dengan sekelip mata:

َ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

#6

Orang bertaqwa bila terdetik melakukan kemungkaran, dia akan teringat betapa siksanya api neraka. Api yang lebih panas dari api di dunia.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda; “Api anak keturunan Adam yang kalian nyalakan itu merupakan satu bahagian dari 70 bahagian api neraka Jahannam”.

Para sahabat berkata; “Walaupun hanya satu bahagian, akan tetapi ia sudah cukup wahai Rasulullah”.

Baginda bersabda; “Sesungguhnya satu bahagian dari api itu ditambah lagi dengan 69 bahagian”.

[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim]

#7

Siapa yang kaya sebenarnya?

Dari Abu Hurairah r.a, beliau mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda; “Kekayaan itu bukan dengan banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan hati”. [Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad]

Dari Abdullah bin Amr r.anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Sungguh beruntubg orang yang masuk Islam lalu diberi kecukupan rezeki, dan Allah menjadikan dirinya merasa puas dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya”. [Hadith Riwayat Imam Muslim]

#8

Apa khabar saudara kita di Palestin, Syria, Myanmar dan lain-lain? Ada rumah untuk berteduh dari kepanasan dan kesejukan? Sebelum tidur, ucapkanlah syukur kita ada tempat berteduh. Ini tahmid Nabi s.a.w ajar untuk diucapkan sebelum tidur, hadith riwayat Imam Muslim:

الْحَمْدُ للّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَكَفَانَا، وَآوَانَا، فَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْويَ

“Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memberi tempat berteduh kepada kami. Alangkah ramainya orang yang tidak ada yang mencukupkannya dan memberi tempat ia berteduh.”

#9

Puasa bulan Ramadhan sasaran taqwa dan syukur. Ini doa yang patut kita amal selalu sepanjang Ramadhan yang berbaki ini.

11722162_952654104756593_5351775008898922851_o

#10

Puasa bulan Ramadhan membentuk kita menjadi orang yang bersyukur. Amalkan doa ini sebagai tambahan kepada puasa kita moga matlamat itu tercapai.

11713666_952647924757211_5896819661677671143_o

Harapan-harapan dalam Ayat Perintah Puasa Ramadhan

 

Ayat 183 hingga 187 Surah Al-Baqarah merupakan ayat-ayat perintah berpuasa dalam bulan Ramadhan kepada setiap orang yang beriman. Sering diulang sebut oleh para asatizah mengenai matlamat atau harapan daripada puasa itu iaitu semoga / agar / mudah-mudahan menjadi orang bertaqwa. Bila dipetakan ayat-ayat ini dalam bentuk peta minda begini, kita dapat lihat ada lagi matlamat atau harapan-harapan lain yang disebut dalam ayat-ayat ini. Mari kita lihat harapan-harapan ini dan kita berusaha untuk mencapainya.

  1. Semoga kamu bertaqwa:
    Puasa menjadi medan melatih diri menjadi orang bertaqwa. Taqwa maksud mudahnya ialah menuruti perintah dan larangan Allah dengan cermat bersungguh-sungguh. Dalam puasa peluang makan-minum ada depan mata, tapi kita menahan diri daripada makan-minum dan segala yang dilarang. Maka, dalam keadaan lain pun, untuk capai taqwa, perlu jugalah bersungguh menahan diri daripada melanggar larangan Allah dan menahan diri daripada meninggalkan perintah Allah.
  2. Semoga kamu bersyukur:
    Al-Quran itu nikmat Allah beri kepada kita, petunjuk cara hidup dengan baik di dunia, petunjuk bagaimana cara mendapatkan redha Allah dan pelbagai lagi petunjuk. Ruksah kepada yang tidak mampu berpuasa juga adalah nikmat daripada Allah yang tidak mahu menyusahkan kita. Maka bersyukurlah atas pelbagai nikmat itu. Syukur perlu mengiringi taqwa. Selepas mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah, kita iringi pula dengan pelbagai amalan soleh yang disunatkan sebagai tanda syukur. Nabi Muhammad s.a.w yang maksum telah pasti syurga untuknya tetapi tekun solat malam hingga bengkak kakinya ketika kebiasaan orang lain tidur bila ditanya mengapa, dijawab ketekunannya itu sebagai tanda syukur.
  3. Semoga kamu berada dalam kebenaran:
    Segala perintah dan larangan Allah ada hikmah kebaikan yang mungkin kita tidak tahu dan sedari. Turuti saja tanpa bersoal apakah kebaikannya. Perbanyakkan doa memohon yang baik-baik daripada Allah. Walaupun di mata manusia melihat apa yang ada dalam perintah dan larangan Allah itu tidak sesuai, salah, tidak perlu dan sebagainya, sebenarnya ia adalah dalam kebaikan dan kebenaran, sentiasa rasional cuma mereka tidak melihatnya. Tetaplah mentaati Allah, tentu kita berada dalam kebaikan dan kebenaran.
  4. Semoga mereka bertaqwa:
    Segala perintah dan larangan telah diterangkan oleh Allah, terserah kita mentaati atau mengingkarinya. Manusia lain yang tidak beriman kepada Allah, cubalah lihat ayat-ayat Al-Quran yang datang menerangkan cara sebenar untuk hidup di dunia ini, lihat dan fikir. Umpama anda membeli sebuah kereta, akan ada buku manual penggunaan kereta itu, apa yang boleh, apa yang tidak boleh dilakukan semuanya diterangkan dalam buku manual itu oleh pembuat kereta itu supaya kereta itu berfungsi dengan baik dan sentiasa dalam keadaan baik. Bumi ini, diri kita ini, hidup kita ini, semuanya Allah yang cipta, maka Allah datangkan Al-Quran sebagai manual panduan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan supaya bumi ini, diri kita ini, hidup kita ini sentiasa dalam keadaan baik. Lihatlah isi kandungan Al-Quran mengikut bahasa yang anda fahami, kemudian fikirkan kebaikan-kebaikannya. Semoga anda juga menjadi seorang yang bertaqwa iaitu seorang yang bersungguh mengikut panduan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan yang disebut dalam Al-Quran itu.

Khutbah Jumaat Yang Baik Menyeru Taqwa

Tonton rakaman Khutbah Jumaat yang baik ini, khutbah yang menyeru kepada taqwa disampaikan ringkas dan padat oleh Ustaz Johari Abdul Wahab. Khutbah pertama mensyarahkan hadith yang dasyat mengenai siksaan neraka di mana orang itu dicampak ke dasar neraka sehingga terburai segala isi perutnya. Khutbah kedua pula membawa para jamaah berfikir ke manakah mereka setelah mati, bersama orang soleh atau sebaliknya.

Jemput tonton dan sebarkan. Moga ramai lagi khatib yang dapat berkhutbah dengan baik seperti ini.

Gambaran Taqwa

Dalam Tafsir Ibn Kathir, disebut bahawa Umar Al-khattab r.a bertanya kepada Ubay bin Ka’ab r.a mengenai taqwa, lalu Ubay bertanya kepadanya: “Apakah engkau pernah melalui jalan berduri?” Umar menjawab: “Ya.” Ubay bertanya lagi: “Lalu apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab: “Aku akan berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk menghindarinya.” Lalu Ubay mengatakan: “Itulah taqwa.” [Tafsir al-Baghawi (I/59) dan Jaami’ul ‘Uluum wal Hikam (I/260)]

Ini sedikit gambaran duri-duri yang patut kita elak untuk capai taqwa. mencapai_taqwa Untuk menempuh pelbagai duri, mesti dengan adanya ilmu. Kenali apa itu syirik, apa itu perintah Allah, apa itu larangan Allah, apa itu bid’ah, apa itu ahklak mazmumah, apa itu cerita dusta dalam agama dan apa itu dosa-dosa kecil. Tanpa mengenalnya, mana mungkin kita terlepas daripada tertusuk duri-duri itu?