Ulangtahun kesempurnaan penurunan Islam

10 hari sebelum tibanya ulang tahun kesempurnaan turunnya Islam, hari yang disyariatkan untuk dirayakan, lihatlah bagaimana Islam mengajar umatnya cara merayakannya. . Iaitu dengan perbanyakkan syukur.. Buahkanlah syukur itu dengan perbanyakkan ibadat dalam 10 hari ini lebih daripada hari-hari biasa, buahkan syukur dengan mengeluarkan harta yang disayangi, korbankan ia dengan sembelihan korban.

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, La ilaaha illa Allah, Allahuakbar, Allahuakbar wa lillahilhamdu.

Sunnah Bertakbir 10 Hari Awal Zulhijjah

Sunnah sahabat diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dalam kitab shahihnya: Ibnu Umar r.a dan Abu Hurairah r.a ke pasar pada hari yang sepuluh (10 hari awal bulan Zulhijjah) sambil bertakbir. Maka orang ramai ikut bertakbir. Umar Al-Khattab r.a bertakbir ketika di Mina. Maka orang ramai ikut bertakbir sampai bergema Mina dengan takbir orang ramai. Masa menuju ke Arafah pun Umar Al-Khattab r.a bertakbir. Atas mencontohi amalan sahabat, ulama menggalakkan bertakbir bila-bila masa sepanjang 10 hari awal Zulhijjah. Jom takbir!

Allahuakbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar. La ilaaha illaAllah, Allahuakhbar, Allahuakhbar wa lillahilhamdu.