Ambillah Peranan Menyebar Ilmu

Biasa tak anda temui risalah / pamphlet di masjid-masjid dan surau-surau?

risalah_02

Sebenarnya anda juga boleh mengambil peranan menyebarkannya. Keluarkanlah sedikit belanja ke jalan Allah dengan cara ini. Cetak risalah-risalah di bawah yang disediakan oleh Sheikh Dr Abdul Basit Abdul Rahman (klik untuk mengenalinya) :

  1. Risalah Ramadhan al-Mubarak (1) –  Amalan-amalan di Bulan Ramadhan
  2. Risalah Ramadhan al-Mubarak (2) – Lailatul Qadar & I’tikaf
  3. Risalah Ramadhan al-Mubarak (3) – Hukum Semasa Berkaitan Puasa
  4. Risalah Ramadhan al-Mubarak (4) – Sunnah-Adab Sahur dan Iftar (Berbuka Puasa)

Panduan Mencetak

Sebelum mencetak, dalam kekotak Print, lihat ruang Page Handling, pastikan pilihan Page Scaling adalah None agar cetakan betul-betul tepat untuk lipatan risalah kelak.

Fotostat sebanyaknya

Kemudian fotostat depan belakang, contohnya sebanyak 100 keping setiap satu dengan kertas yang berlainan warna. Kos untuk empat risalah ini menjadi RM0.10 x 400 keping, iaitu RM40.00.

risalah_01

Kemudian letaklah di ruang risalah untuk diambil di masjid-masjid dan surau-surau berhampiran anda. Perhatikan keadaan masyarakat di masjid-masjid dan surau-surau itu. Sekiranya mereka biasa mengambil sendiri risalah-risalah begini, letakkan saja di kotak risalah. Sekiranya mereka tidak biasa melihat risalah begini untuk diambil secara percuma, mainkan sedikit peranan untuk meminta pihak masjid-masjid dan surau-surau mengumumkan adanya risalah itu untuk mereka ambil, bawa pulang dan baca di rumah. Boleh juga anda sediakan kotak-kotak atau bakul risalah dan tulis dengan jelas perkataan “RISALAH ILMU ISLAM PERCUMA, SILA AMBIL SATU“.

Walaupun anda tidak mampu menulis dan berceramah, ambillah peranan menyebar ilmu dengan cara begini. Semoga usaha anda mendapat barokah daripada Allah s.w.t. Jadikanlah ia sebagai amal jariah dan ilmu bermanfaat yang pahalanya akan berterusan setelah kematian kita kelak selagi mana ilmu yang disampaikan dalam risalah itu digunakan oleh mereka yang membacanya.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسلَّمَ: إِذَا مَاتَ الْعَبْدُ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَاِلحٍ يَدْعُوْ لَهُ
(رواه مسلم)
Maksudnya:
Daripada Abi Hurairah (ra), katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasalam; Apabila mati seorang hamba (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya.
(HR Muslim)

Sekian, terima kasih.

Risalah Seruan Meningkatkan Ilmu Islam Bil 1, 2011

Risalah ini adalah ringkasan daripada beberapa artikel di dalam laman web ini serta beberapa siri tazkirah saya di pejabat pada tahun ini. Dijemput untuk sebarluaskan kepada masyarakat. Tajuk kali ini ialah Ilmuku dan Amalku Cukupkah untuk ke Syurga-Mu?

Preview di scribdviewer: