Penghuni neraka nak keluar dari neraka

Jumaat datang lagi, jadikanlah Jumaat hari untuk kita ingat kedahsyatan kiamat dan alam akhirat.

Ahli neraka nanti akan rasa azab yang sangat pedih, sampai mereka rasa nak lari keluar dari neraka. Bila mereka nak keluar saja, mereka akan dimasukkan semula ke dalam neraka. Macam manalah pedihnya tu?

Masa hidup di dunia, Allah berikan sedikit keperitan @ kesakitan @ azab untuk kita beringat, azab neraka berlipat ganda, janganlah tidak dipedulikan peringatan tu.

Lihat ayat 20 hingga 22 Surah As-Sajadah, maksudnya:

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.[20] Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.[21] Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.[22]

Jumaat Hari untuk Menggerunkan hati!

Jumaat hari akan berlakunya kiamat. Maka ia sering dijadikan hari menggerunkan hati terhadap kiamat. Lalu Solat Subuh pagi Jumaat biasa Nabi s.a.w membaca surah As-Sajdah rakaat pertama dan surah Al-Insan rakaat kedua, kedua-dua surah ada cerita kedasyatan kiamat. Masa khutbah Jumaat pun Nabi menyeru taqwa yang menggerunkan hingga kadang nampak merah muka baginda berkhutbah menunjukkan betapa seriusnya isi yang disampaikan.

Apakah kita asyik nak mengingat Jumaat sebagai hari untuk pasangan suami isteri ‘beradu’ sedangkan kesahihan hadith yang mengatakannya ia sunat pada malam Jumaat betulkah ada?

Ayuh berubah, jadikan Jumaat hari menggerunkan hati kepada kiamat. Kiamat diri kita sendiri (mati) boleh datang tiba-tiba. Gerunilah ia!