Inilah cara wuduk jimat air yang dicari-cari selama ini.
.
Lepas tonton, saya terus praktik sampai sekarang.
.
Anda sudah?
.
Membazir saudara syaitan, rujuk ayat 27 Surah Al-Isyra’.
.
Keluar dari madrasah Ramadhan nak jadi orang bertaqwa, sekurang-kurangnya dapatlah ubah yang satu ini.
.
Jemput kongsikan.
.
Tag: jimat
Ramadhan, Pupuk Diri Tidak Membazir
Cuba jadikan Ramadhan kali ini masa untuk memupuk diri tidak membazir. Kira semula keperluan pengambilan makanan, makan secara berlebihan akan menambah lemak tak perlu pada badan, lihatlah saiz perut masing-masing, jangan rasa normal sebab orang keliling pun sama-sama simpan “tayar spare”. Fenomena el-nino baru-baru ini telah mengakibatkan pengeluaran padi dunia berkurang, sawah padi kering-kontang di India, Pakistan, Thailand, Vietnam dan lain-lain. Kalau sejuta orang yang sebelum ini makan nasi sepinggan penuh sama-sama kurangkan kepada suku pinggan sahaja, bayangkan berapa banyak bekalan beras dapat dijimatkan.
Laporan di Harian Metro (8/6/2016)
Jangan berlebih-lebihan dalam makan-minum
Solusi sebenar untuk kawal obesiti yang boleh menjadi punca Diabetes: jangan berlebih-lebihan dalam makan-minum.
Surah Al-A’raf ayat 31 maksudnya:
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
Dalam menafsir ayat ini Ibnu Katsir menyebut;
Ibnu ‘Abbas berkata “Makan dan minumlah sesukamu dan berpakaianlah sesukamu asalkan terlepas dari dua perkara: berlebih-lebihan dan sombong.” (HR. Al-Bukhari)
Dari al-Miqdam bin Ma’dikarib al-Kindi, beliau berkata “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Tidaklah seorang hamba memenuhi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah manusia makan makanan yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika dia mahu melakukannya lebih dari itu, maka hendaklah dia menjadikannya sepertiga untuk makanan, yang sepertiganya untuk minuman dan yang sepertiganya lagi untuk nafasnya.'” (HR Ahmad, an-Nasa-i dan at-Tirmidzi)
Mereka yang berkerja di pejabat, tidak banyak aktiviti berat yang membakar banyak kalori hanya perlu makan nasi dalam sesenduk ke dua senduk sehari (menurut pakar runding program penurunan berat badan). Sedangkan masyarakat kita sekurang-kurangnya makan dua pinggan nasi sehari. Kalori yang tidak dibakar akan disimpan dalam bentuk lemak. Tiap hari makan banyak, lemak makin bertambah. Jika berterusan, masalah obesiti boleh berlaku dan boleh mengundang penyakit Diabetes.
Cuba ubah gaya hidup, makan dan minum ikut keperluan sahaja. Mulakan dengan ambil nasi hanya sesenduk untuk makan tengahari hari ini.
Tips untuk kenyang walaupun makan sedikit:
- baca Bismillah.
- kunyah selumat-lumatnya sebelum telan. Menurut pakar runding program penurunan berat badan, apabila seseorang menguyah makanan dengan lama, akan ada suatu rembesan hormon yang memaklumkan otak bahawa makanan itu sudah mengenyangkan.
- lebihkan sayur yang kurang kalori berbanding nasi putih.
Tips tidak jemu makan menu jimat:
- ambil kuah masakan yang terasa nak makan contohnya kuah kari, asam pedas, kurma, masak kicap, rendang dan lemak cili api.
- gilir-gilirkan lauk tiap hari: telur dadar, telur masin, 2 – 3 potong daging.