Sesuatu yang kita tidak tahu, jangan terus dimusuhi, sebaliknya kajilah dahulu apakah itu, kerana melakukan sesuatu di atas kejahilan kita akan merugikan kita sendiri.
Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 36, maksudnya:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”