Rangka strategi untuk sihat dan kuat

Tahun baru, ramai tanam azam baru.

.

Apa azam untuk kesihatan kita?

.

Ini contoh azam yang sesuai diikuti: sihat dan kuat demi kesejahteraan hidup.

.

Azam ini kita masukkan dalam strategy canvas dan ERRC grid, alatan dalam Blue Ocean Strategy (BOS)…ya, memang BOS untuk strategi perniagaan, tapi kita boleh sesuaikan untuk kehidupan kita juga dengan sedikit ubahsuai.

.

Strategy canvas dan ERRC grid ini dibina dengan bantuan aplikasi mudah alih dengan nama “Blue Ocean Leadership”, boleh didapati percuma di Google Play Store dan Apple AppStore.

.

Nak fahamkan betul-betul kedua-dua alatan ini, perlu baca buku Blue Ocean Strategy dan Blue Ocean Leadership, bagus untuk merangka strategi perniagaan, pekerjaan dan hidup kita.

.

 

Kita lihat graf pertama, yang warna merah ialah gaya hidup lama kebanyakan kita.. tinggi sifat malas bersenam, bila makan pula selalu ikut nafsu saja bukannya ikut keperluan kalori sebenar. Nak kurangkan lemak visceral, ada la juga rasa nak kurangkan, tapi lemak visceral masih pada paras tinggi. Pengambilan kalori? Tak tahu nak kira, atau tak pernah ambil peduli untuk kira lalu sering pengambilan adalah pada tahap tinggi berbanding sepatutnya. Saiz hidangan bila makan, jarang-jarang dikecilkan saiznya. Bersenam pula sangat jarang dilakukan. Cubaan meningkatkan saiz dan kekuatan otot hampir-hampir tiada.

.

Azam baru, kita ubah semua tu, lihat graf warna hijau untuk cadangan gaya hidup baru. Sifat malas bersenam, di paras bawah sekali iaitu perlu tiada langsung, begitu juga makan ikut nafsu kena ubah makan ikut ilmu. Lemak visceral mesti disasarkan pada paras yang rendah, begitu juga pengambilan kalori mesti disasarkan pada paras rendah bersama saiz hidangan yang dikurangkan ke saiz kecil. Senaman yang betul dan berkesan pula perlu kerap dilakukan. Usaha menambah saiz dan kekuatan otot perlu ditingkatkan bagi mengimbangi pengurangan lemak visceral. Akhir sekali, untuk memperkuat motivasi nak sihat dan kuat, dapatkan dan ikut panduan diet yang sihat, wujudkan mini gymnasium di rumah dan ikuti kumpulan yang ingin sama-sama sihat dan kuat.

.

Kesemua tindakan-tindakan gaya hidup baru itu juga dapat dilihat dalam ERRC grid seperti di bawah.

Itu hanya sebahagian cadangan tindakan perubahan boleh kita lakukan. Tindakan lain, boleh cuba sesuaikan dimasukkan dalam setiap kotak yang sesuai. Eliminate (E): apa perkara yang patut dihapuskan dan dihentikan untuk mencapai azam baru kita. Raise (R): apa perkara yang patut ditingkatkan dan ditambah. Reduce (R): apa perkara yang patut dikurangkan, dikecilkan dan diminimakan. Create (C): apa perkara yang patut dicipta dan diwujudkan. Cuba fikir-fikirkan, letakkan dalam kotak yang sesuai, kemudian laksanakan.

.

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera!

.

Ops…ada yang tanya apa itu lemak visceral. Mudahnya, ia adalah lemak simpanan sekitar organ dalaman kita akibat kita terlebih ambil kalori yang boleh mengganggu fungsi organ menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Cari Google sendiri untuk tahu lebih lanjut. Siapa yang perutnya ke depan walaupun badan nampak tak gemuk, jangan rasa selesa, lemak visceral pada perut buncit itu sangat bahaya!

Apa itu darah tinggi?

30% daripada populasi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai tekanan darah tinggi.
.
Adakah salah seorangnya itu anda?
.
Ubah gaya hidup sekarang! Darah tinggi boleh membunuh serta-merta dengan datangnya sakit jantung dan melumpuhkan anda serta-merta dengan strok!
.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus#sihatnegaraku #sihatdankuat #tipssihat #kospen#komunitisihatpembinanegara

Aktifkan dirimu!

Aktifkan dirimu!
.
Berjalan 10,000 langkah sehari cecah 6km. Tentu sukar buat mereka yang kerja pejabat.
.
Jadi, kehilangan peluang itu patut diganti dengan aktiviti lain yang juga membakar kalori dengan banyak walaupun dilakukan hanya sebentar.
.
Apa pilihan yang ada? Saya pilih latihan Tabata atau high intensity interval training (HIIT).
.
Anda?
.
Jangan hanya aktif jari scrolling dan texting di screen ya. Ia tak membakar banyak kalori, langsung tidak mengurangkan kebuncitan perut.
.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus #sihatnegaraku#sihatdankuat #tipssihat #kospen #komunitisihatpembinanegara

Menangani stres dengan bijak

Tertekan! Stres!
.
Ia sering berlaku pada setiap kita.
.
Bezanya ialah bagaimana kita menguruskannya?
.
Kenali tanda-tanda stres.
.
Ketahui cara menguruskan stres dengan betul.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus#sihatnegaraku #sihatdankuat #tipssihat #kospen#komunitisihatpembinanegara

GOUT? Amalkan melinjo / belinjo (Gnetum gnemon)

Ini hasil kajian saintifik saintis Jepun terhadap melinjo: https://www.hindawi.com/journals/ecam/2013/589169/abs/
.
Kajian menggunakan biji buah melinjo yang dijadikan serbuk dan diberi kepada 30 orang dewasa selama 8 minggu, diberikan hanya 750 mg setiap pagi.
.
Didapati keputusan signifikan penurunan serum uric acid pada minggu ke 4 dan ke 8.
.
Ada apa dengan uric acid? Cuba baca pula artikel ini: http://www.health.harvard.edu/newsletter_art…/all-about-gout
.
Uric acid berlebihan dalam badan berkumpul membentuk kristal menyebabkan kesakitan. Dengan penurunan uric acid bila amalkan melinjo, diharap gout pun dapat dielak bagi yang belum kena dan dapat dihilangkan bagi yang sudah kena gout.
.
Macam mana uric acid boleh ada banyak dalam badan? Bukan selalu makan makanan laut / seafood pun….
.
Satu lagi penyebab uric acid tinggi hasil kajian saintifik ialah pengambilan terlalu banyak fruktosa menyebabkan peningkatan uric acid dalam darah.
.
Apa pula fruktosa tu..memang banyak kita ambil tiap hari ke? Jawapannya YA kalau kita selalu minum minuman ringan, air kotak, air tin, kordial..apa-apa sajalah minuman makanan yang keluar dari kilang.
.
Fruktosa ialah gula pemanis yang murah, pengilang gunakannya untuk pemanis produk mereka dengan harga lebih murah berbanding jenis gula lain yang lebih sihat.
.
Jadi, nak elak dan nak sembuh dari Gout, kurangkanlah makanan-minuman keluaran kilang, nak minum jus, beli buah-buahan dan blend sendiri lebih sihat. Nak minum kopi dan teh, bancuh sendiri, jangan selalu nak segera dengan pekej 3-in-1, 4-in-1, 7-in-1.
.
Kembali kepada melinjo..macam mana nak amal dengan betul?
.
Sebaiknya dapatkan buah segar, kita rebus sendiri tentu lebih baik, tapi bukan senang nak dapat buah segar..pokoknya pun ramai tak pernah jumpa. Siapa nak tanam pokoknya, saya ada jumpa rakan penjual anak-anak pokok secara online ada menjualnya.
.
Yang biasa kita jumpa ialah emping melinjo. Emping ni kalau digoreng, memang sedap dimakan..tapi khasiatnya akan banyak berkurang menurut pakar khasiat pemakanan MARDI, Dr Suri Roowi. (Kredit untuk Dr yang mula-mula sebutkan mengenai melinjo untuk tangani uric acid)
.
Sebaiknya, emping melinjo yang mentah tu, kita rebus hingga lembut, amalkan makan rebusan emping melinjo itu, begitu lebih banyak khasiatnya dapat dikekalkan.
.
Nak amal berapa banyak? Kalau kajian di Jepun tu 750 mg, rasanya sikit saja..sebiji / sekeping sudah memadai. Jangan melampau pula amalkan mendadak banyak sekali gus kononnya nak terus sembuh, biasanya penyembuhan tidak berlaku begitu, memadai sedikit dan berterusan.
.
Semoga kita dapat elak dan sembuh dari Gout. Jemput kongsi dengan yang lain. Jemput follow dan popularkan hash tag untuk hidup lebih sihat dan kuat…

iMuscle 2 – Panduan senaman pilihan

iMuscle 2 – App pilihanku untuk panduan senaman setempat atau circuit training.
.
Boleh dapatkan di AppStore dan PlayStore dengan harga bawah RM10, cari dengan kekunci “iMuscle 2”.
.
Banyak kelebihan iMuscle 2 berbanding lambakan aplikasi lain, berbaloi membelinya. 
.
Antara bagusnya yang dapat dikongsikan, pertama ia menyenaraikan lebih 600 jenis senaman yang boleh kita pilih untuk pelbagaikan, jadi tidak bosanlah walau senaman hanya di ruang tamu rumah tiap hari, tapi macam-macam cara boleh kita cuba lakukan. Ada fungsi carian dan tapisan untuk 600 jenis senaman tu. Siapa tiada alatan senaman, boleh buat tapisan tanpa alatan, tengok berapa banyak senaman boleh buat dengan percuma.

Kedua, ia memaparkan grafik dan video 3D otot kita tanpa kulit, tak menggunakan foto dan video orang sebenar, sesuai untuk orang Islam yang diperintah tundukkan pandangan.
.
Pada paparan utama keseluruhan gambaran otot kita, boleh klik mana-mana bahagian otot, akan ditunjukkan apa senaman yang akan memberi kesan utama dan kedua kepada otot itu. Gunakan ikon pisau, untuk hilangkan otot luar dan tinjau otot dalam pula.
.
Ketiga, iMuscle 2 juga sediakan fungsi menetapkan sendiri susunan jenis senaman, kita boleh pilih dan susun mana-mana dari lebih 600 jenis senaman yang ada.
.
Dapatkanlah aplikasi ini untuk membantu kita bersenam dengan lebih baik, termotivasi dan tidak menjemukan.
.
Bagi pembayar cukai pendapatan, peruntukan RM300 setahun untuk beli alatan untuk senaman, ada potongan cukai boleh dibuat sebanyak itu setiap tahun.

I’dad satu perkara penting yang umat Islam perlu perhatikan.

Kita sedih dan marah bila saudara kita di Palestin, Syiria, Myanmar dan lain-lain dizalimi dibunuh sesuka-hati, tapi adakah kita buahkan kesedihan dan kemarahan itu dengan mempersiapkan kekuatan ke medan jihad akhbar?

Atau terus leka memanjakan diri dengan makan-minum yang lazat hingga dibiarkan badan menggemuk? Leka dengan hiburan nyanyian, drama rekaan, realiti tv lawak-jenaka, filem baru saban minggu dan bulan? Leka dengan hobi mencantikkan kereta, mencantikkan rumah, mencantikkan fesyen?

Ayuh sama-sama sedarkan masyarakat, persiapkan kekuatan iman, kekuatan fizikal diri, kekuatan kewangan dan apa-apa lagi kekuatan agar Islam yang dulunya gagah akan terus gagah. Akhir zaman semakin dekat, jika jihad akhbar diseru ketika kita sedang hidup, adakah kita akan menolak dengan pelbagai alasan yang alasan sebenar ialah kita tak pernah persiapkan diri?

#idad #fitmalaysia #fitmuslim

Perut boroi vs perut berketul macam roti

Nak tukar perut boroi jadi berketul-ketul macam roti ni?
.
Lemak bahagian perut ialah lemak paling susah disingkirkan.
.
Selepas asyik berjogging berbulan-bulan dan nampak berat badan sudah turun, tapi bahagian perut masih nampak tak banyak berubah, apa nak buat lagi? 
.
Cuba tambah rutin senaman untuk bahagian perut, buat carian “ABS Workout”, ada banyak boleh diikut, tapi mulakanlah dengan senaman tahap pemula / beginner sebelum cuba tahap intermediate dan advance.
.
Ada dakwaan buat senaman untuk perut akan naikkan otot perut, jadi ukuran pinggang tak berubah.
.
Itu betul bagi orang kurus yang tiada masalah lemak di bahagian perut.
.
Bagi mereka yang ada masalah lemak, senaman untuk bahagian perut akan bantu pembakaran lemak di bahagian perut sebelum otot-otot perut itu timbul kemudiannya.
.
Tapi kena ingat!
.
Biarkan perut kosong selama dua jam selepas bersenam.
.
Dalam tempoh dua jam itu, lemak yang tersimpan lama akan digunakan oleh badan yang dipaksa berkerja keras sebelumnya kerana perlukan bahan bakar untuk terus berkerja.
.
Kalau terus makan lepas bersenam, makanan yang dibekalkan itu yang akan diguna untuk bahan bakarnya, ia lebih mudah diproses berbanding proses membakar lemak yang tersimpan lama tu.
.
Cuba tips ini dan kongsikan perkembangannya selepas satu ke dua bulan di sini.