Makan minum itu tanda syukur atas nikmat Allah

Makan dan minum itu tanda syukur atas nikmat Allah.
.
Ia suatu yang menggembirakan, apatah lagi makan percuma.
.
Kalau perasan, sunnah memperlihatkan kegembiraan atas rasa syukur ini ada dalam beberapa perkara yang jadi kegembiraan kita. 
.
Pertama ialah raya puasa, Eidulfitri, 1 Syawal hari untuk makan minum, diharamkan berpuasa hari tu.
.
Kedua ialah raya korban, Eiduladha, sama juga diharamkan berpuasa hari tu.
.
Ketiga, walimatul’arus, anjuran kenduri kahwin atas kesyukuran mendirikan rumah tangga, sangat dituntut kenduri dibuat walaupun hanya sembelih seekor kambing, menurut hadith shahih.
.
Keempat, kenduri aqiqah selepas 7 hari anak dilahirkan sebagai kesyukuran dikurniakan anak, seekor kambing bila dapat anak perempuan, dua ekor kambing bila dapat anak lelaki menurut sunnah kerana kegembiraan mendapat anak lelaki biasanya lebih berlipat ganda.
.
Jadi suatu kontra dengan sunnah bila kesedihan atas kematian orang yang tersayang, pun nak anjurkan kenduri makan-makan sempena kematian itu, kan?
.
Yang sunnah, keluarga yang dalam suasana kesedihan itu diberi makan oleh jiran tetangga, begitu yang diperintahkan Nabi s.a.w dalam hadith yang shahih.
.
Ya, ada hadith shahih mengenai anak nak beri makan atas sebab ibunya yang meninggal dunia biasa beri orang makan, semoga dengan menyambung kebiasaannya, pahala memberi orang makan masih terus ibunya dapat.
.
Ia suatu yang baik untuk dilakukan, namun untuk menyantuni sunnah, eloklah ia ditangguhkan beberapa hari atau minggu atau bulan selepas kebiasaan suasana sedih itu sudah mula longgar.
.
Jom betulkan yang ini. 

Tips mencapai taqwa dan menjadi orang yang bersyukur

Dikongsikan tips mencapai taqwa dan menjadi orang yang bersyukur yang telah dipos ke Facebook dalam bulan Ramadhan lalu:
#1

Puasa bulan Ramadhan melatih kita mencapai syukur selain untuk mencapai taqwa.

Jom amal doa Nabi Sulaiman minta Allah tetapkan diri dengan kesyukuran dalam ayat 19 surah semut (An-Naml), baginda ucapkan doa ini atas rasa syukur dengan nikmat dapat mendengar dan memahami bahasa komanden semut yang arahkan semua semut masuk dalam sarang kerana tentera Nabi Sulaiman akan lalu. Doanya:

َ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

#2

Dalam ayat 15 surah Al-Ahqaf, Allah membawa kita mengenang jasa ibu-bapa ke atas kita selepas menegaskan kewajiban berbuat baik kepada keduanya. Lalu kemudiannya kita diajarkan doa ini sebagai tanda syukur atas jasa-jasa mereka:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

#3

Ayat 12 Surah Al-Hujurat ada seruan taqwa daripada Allah. Perhatikan ayat ini, betapa banyak kalinya kita terjerumus dengan dosa-dosa yang disebut. Tips bertaqwa dalam ayat ini, bila mulut nak mengumpat, bayangkan anda sedang cuba mengunyah mayat orang yang anda nak umpatkan itu.

Ayatnya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

‪#‎Syukurselalu‬ Al-Quran sudah tersedia menempelak dan menyedarkan semula kalau kita terleka melakukan dosa, bacalah Al-Quran yang sudah bersedia menegur keterlekaan kita.

#4

Kadangkala ada nikmat yang Allah kurniakan kepada kita tetapi tidak kepada yang lain. Kembalikanlah ingatan kepada Allah dengan menyebut zikir tahmid ini sebagai tanda syukur, tahmid yang disebutkan oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dalam ayat 15 Surah An-Naml:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ

“Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman”.

#5

Apakah ucapan yang patut diungkap sebagai tanda syukur atas suatu nikmat yang tidak disangka-sangka dikurniakan kepada kita? Lihat ayat 40 Surah An-Naml, bagaimana ucapan Nabi Sulaiman bila diberi nikmat yang sangat besar, singgahsana ratu negeri Saba’ dibawa kepadanya dengan sekelip mata:

َ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

“Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah”.

#6

Orang bertaqwa bila terdetik melakukan kemungkaran, dia akan teringat betapa siksanya api neraka. Api yang lebih panas dari api di dunia.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda; “Api anak keturunan Adam yang kalian nyalakan itu merupakan satu bahagian dari 70 bahagian api neraka Jahannam”.

Para sahabat berkata; “Walaupun hanya satu bahagian, akan tetapi ia sudah cukup wahai Rasulullah”.

Baginda bersabda; “Sesungguhnya satu bahagian dari api itu ditambah lagi dengan 69 bahagian”.

[Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim]

#7

Siapa yang kaya sebenarnya?

Dari Abu Hurairah r.a, beliau mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda; “Kekayaan itu bukan dengan banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kekayaan hati”. [Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan Imam Ahmad]

Dari Abdullah bin Amr r.anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; “Sungguh beruntubg orang yang masuk Islam lalu diberi kecukupan rezeki, dan Allah menjadikan dirinya merasa puas dengan rezeki yang diberikan oleh-Nya”. [Hadith Riwayat Imam Muslim]

#8

Apa khabar saudara kita di Palestin, Syria, Myanmar dan lain-lain? Ada rumah untuk berteduh dari kepanasan dan kesejukan? Sebelum tidur, ucapkanlah syukur kita ada tempat berteduh. Ini tahmid Nabi s.a.w ajar untuk diucapkan sebelum tidur, hadith riwayat Imam Muslim:

الْحَمْدُ للّهِ الَّذِي أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا، وَكَفَانَا، وَآوَانَا، فَكَمْ مِمَّنْ لَا كَافِيَ لَهُ وَلَا مُؤْويَ

“Segala puji bagi Allah yang memberi makan dan memberi minum kepada kami dan mencukupkan kami serta memberi tempat berteduh kepada kami. Alangkah ramainya orang yang tidak ada yang mencukupkannya dan memberi tempat ia berteduh.”

#9

Puasa bulan Ramadhan sasaran taqwa dan syukur. Ini doa yang patut kita amal selalu sepanjang Ramadhan yang berbaki ini.

11722162_952654104756593_5351775008898922851_o

#10

Puasa bulan Ramadhan membentuk kita menjadi orang yang bersyukur. Amalkan doa ini sebagai tambahan kepada puasa kita moga matlamat itu tercapai.

11713666_952647924757211_5896819661677671143_o