15 hari sudah Ramadhan bertamu,
Setengah bulan lagi menunggu,
Apa hasilnya buat dirimu?
Badan makin kurus rasa makin ayu?
Iman makin gemuk atau makin layu?
Kemaskanlah langkah mari bergerak laju,
Bonus berganda janji Tuhanmu,
Kutiplah ia sebanyak mampu,
Ibarat jalanraya berlorong satu,
Dengan Ramadhan kini seperti lorong seribu,
Masing-masing pecut kereta dipacu,
Jangan masih ada yang buat tak tahu,
Bergerak perlahan mahu tak mahu,
Apakan daya mata dah kelabu,
Raya sahaja bermain di kalbu,
Itulah kebiasaan umat Melayu,
Mari berubah jangan membatu,
Perkemas ibadah amal dengan ilmu,
Moga diredhai Allah Yang Satu.
Kategori: Karya Kreatif
Ramadhan Datang
Karya lama: Pantun rumah baru – rumah lama
Pantun ini saya karang sekitar tahun 2008 – 2009 (tak ingat) sebagai menyambung karya Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Pantun ‘Cari Ganti’ oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin: http://drmaza.com/home/?p=389
Perbanyak selawat hari Jumaat
Peribahasa Baharu untuk Budayakan Menjaga Lisan
Doa Tetamu Buat Pengantin dan Tuan Rumah Kenduri
Untuk cetakan saiz bunting 6 kaki x 3 kaki, sila dapatkan di sini. Nak dapatkan fail sumber asal untuk ubahsuai warna dan rekabentuk, sila hubungi saya melalui emel el.ilmy[a]gmail.com
Doa Perlindungan Daripada Syaitan
Doa Perlindungan daripada Empat Perkara Sebelum Salam dalam Solat
Semoga Amal Sepanjang Ramadhan Diterima
Tutup Aib Orang Lain, Allah Akan Tutup Aibmu
Aib: bukan semata-mata sifat buruk atau kelakuan buruk empunya diri, bahkan keburukan yang tertimpa kepadanya bukan atas kehendaknya. Mayat mereka di Myanmar, Syria dan Palestine dizalimi, menjadi buruk dibakar, menjadi buruk dipenggal, menjadi buruk dibom dan sebagainya. Yang buruk itu juga aib, tutuplah ia.