Ramadhan, Pupuk Diri Tidak Membazir

Cuba jadikan Ramadhan kali ini masa untuk memupuk diri tidak membazir. Kira semula keperluan pengambilan makanan, makan secara berlebihan akan menambah lemak tak perlu pada badan, lihatlah saiz perut masing-masing, jangan rasa normal sebab orang keliling pun sama-sama simpan “tayar spare”. Fenomena el-nino baru-baru ini telah mengakibatkan pengeluaran padi dunia berkurang, sawah padi kering-kontang di India, Pakistan, Thailand, Vietnam dan lain-lain. Kalau sejuta orang yang sebelum ini makan nasi sepinggan penuh sama-sama kurangkan kepada suku pinggan sahaja, bayangkan berapa banyak bekalan beras dapat dijimatkan.

13330920_1094379727300728_3581812263637572613_n

Laporan di Harian Metro (8/6/2016)

Allah Sebijak-bijak Membalas Tipu Daya

Awas kepada mereka yang sering menipu dan memperdaya. Rancanglah dengan rapi, berpakatlah dengan ramai orang. Jangan lupa siapa yang lebih hebat perancangannya.

Surah Ali-Imran ayat 54:

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan orang-orang itupun merancang tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.”

Ayat 108 Surah An-Nisa’:

يَسْتَخْفُونَ مِنَ النَّاسِ وَلَا يَسْتَخْفُونَ مِنَ اللَّهِ وَهُوَ مَعَهُمْ إِذْ يُبَيِّتُونَ مَا لَا يَرْضَىٰ مِنَ الْقَوْلِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا

“Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”

Ayat 48 Surah At-Taubah:

لَقَدِ ابْتَغَوُا الْفِتْنَةَ مِنْ قَبْلُ وَقَلَّبُوا لَكَ الْأُمُورَ حَتَّىٰ جَاءَ الْحَقُّ وَظَهَرَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَارِهُونَ

“Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.”

Surah An-Nahl ayat 45 – 46:

أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

“(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?”

أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ

“Atau Ia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah.”

Surah An-Naml ayat 50:

وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

“Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak menyedarinya.”

Surah Fatir ayat 10:

مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فَلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعًا ۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ ۚ وَالَّذِينَ يَمْكُرُونَ السَّيِّئَاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ ۖ وَمَكْرُ أُولَٰئِكَ هُوَ يَبُورُ

“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.”

Surah Al-Anfal ayat 30:

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

“Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.”

Cermin Diri: Aku orang yang suka sakiti orang lain ke?

Nak tanya orang lain, adakah aku ni seorang yang suka sakiti orang lain, rasanya masing-masing ada ego diri, bertuah nak tanya orang pasal negetif diri kita, kan?

Jadi, jomlah tengok cermin dan semak senarai contoh perbuatan dan percakapan (termasuk teks taip di media sosial) yang menyakiti orang lain:

PERBUATAN

  1. Langgar lampu isyarat merah, sedangkan orang lain berhenti. Ya, dari arah yang lampu hijau tiada kenderaan, tapi mana hilangnya sifat hormat kepada yang lain yang berhenti tu? Sekurang-kurangnya berhenti untuk ajar diri sendiri dengan disiplin. Kalau tak ajar, ia jadi tabiat kebiasaan, asalkan lampu merah saja, nak cuba jalan bila tiada kenderaan, makin ramai jadikannya tabiat, tak pasal-pasal ada yang berlanggar.
  2. Potong barisan, yang selalu nampak ialah di jalanraya. Orang yang berbaris lama kalau sakit hati, mulalah keluar kata-kata maki walaupun orang yang potong barisan tu tak dengar. Kalau hari-hari potong barisan, hari-hari kena maki, entah-entah kata-kata makian itu jadi satu doa yang makbul sebab salah satu sebab doa makbul ialah doa orang teraniaya. Sudah kena potong dengan tidak adil, orang itu boleh jadi teraniaya. Hati-hati!
  3. Tidak flush tandas hingga dipastikan bersih, lepas gunakan. Ini pun mengundang doa makbul orang yang teraniaya. Masa mula-mula kita masuk, nak pilih yang bersih saja, jadi bila keluar pun patut buatkan ia bersih juga.

PERCAKAPAN

  1. Gelar orang yang tak sehaluan sebagai sesat, kafir, anjing dan sabagainya. Adalah lebih baik, tidak sebutkan secara langsung diri orang itu sebegitu, sebaliknya sebutkan ciri-ciri perbuatan atau pemikiran yang tidak betul itu. Contohnya menyebut “Engkau kafir!” ditukar kepada “Tinggalkan solat dengan menganggap ia tidak wajib boleh menjatuhkan engkau kepada kekafiran.”
  2. Beri gelaran hebat dan merendah diri untuk menyindir: contohnya, “Bila otai besar sudah bersuara, kita yang tak sampai setahun jagung ni angguk sajalah.”
  3. Perli dengan sesuatu yang mustahil berlaku atau orang tak terfikir lakukan, contohnya, “Otak letak lutut ke, benda macam tu pun tak boleh nak fikir?” dan “Kamu ni nak merawat pesakit ni atau nak bunuh pesakit ni? Masukkan endoscopy macam bomba nak padam api.”

Kalau nampak perbuatan dan percakapan begini semakin menjadi-jadi sekarang ini, eloklah, panjangkan / forward / viralkan posting ini, sama-sama ingat-mengingati dan baiki diri. Akhir kalam, disertakan hadith ini untuk kita renungkan, adakah kita orang Islam yang afdhal (utama)?

Daripada Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku katakan, ‘Wahai Rasulullah, muslim yang bagaimanakah yang paling afdhal (utama)?’ Baginda menjawab, ‘Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.’” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Positif di awal tahun

Awal-awal tahun, jom kita ambil sikit petua Prof. Dr. Muhaya Muhammad: reset minda, bahagia membahagiakan.

Pandang positif tiap apa yang berlaku. Walau awalnya rasa marah, kecewa, sedih dan lain-lain yang negatif, reset semula kepada positif sesuai dengan perintah dalam Surah Al-Hujurat ayat 12 agar tidak bersangka-sangka yang buruk:

 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Kalau pandang sesuatu itu jahat, reset kepada kasihan dengan kejahatannya, tukar kepada rasa nak bantu jadikannya baik, doakan hidayah. Daripada nampak buruknya yang satu, lihat kebaikan-kebaikannya yang banyak. Berterima kasih menyedarkan kita, memberi feedback kepada kita akan perbuatan kita yang kita pun rasa patut diubah.

Keluarkan kata-kata kurang baik datang dari hati yang juga kurang baik. Reset kata-kata kita, ubah kepada kata-kata positif. Sering amal bercakap yang buruk, mengeluh, risau, marah dan sebagainya hanya membuatkan diri lemah, bahkan orang keliling juga terheret kepada yang negatif mana-mana sudut.

Bagaimana nak bahagia kalau diri lemah dengan segala yang negatif itu? Diberi perkara negatif, dibalas negatif, negatiflah jadinya. Cuba balas dengan positif, akan positif jadinya walapun di pihak sana tidak nampak kesannya, tapi positif sudah ada dalam hati kita. Bila hati positif, mudah dapat bahagia. Bila bahagia, boleh membahagiakan orang lain.

Dalam hidup, jangan mengharap dapat bahagia daripada pemberian orang lain atau bahagia bersyarat contohnya rasa bahagia kalau kaya dan rasa bahagia kalau disayangi. Cuba beri bahagia (bahagiakan orang) untuk rasa bahagia. Contohnya ada seorang yang rupawan, kaya, berpangkat tinggi tapi hidup tak rasa bahagia, bila diajak sertai program amal di Bosnia, dia dudukkan anak kecil di atas wheelchair, tiba-tiba anak kecil tu pegang kakinya dan menatap wajahnya sambil kata, “Nanti dulu Kak, saya nak tatap wajah yang akan saya jumpa di Syurga nanti kerana bantu saya”. Menitik air matanya dan barulah dia rasa bahagia.

Akhir kata, sama-samalah kita bahagia membahagiakan kepada sesiapa pun. Hanya musuh Allah yang nyata memusuhi Islam saja layak dimusuhi. Wallahu’alam bissawab.

Azam amalkan sunnah mudah

Apa azam 2016? Asyik ulang azam sama setiap tahun? Cuba azam mudah ini. Azamlah amalkan amalan-amalan sunnah yang mudah ini, tidak perlu menghafaz zikir-zikir baru, tak perlu hafaz doa-doa, kalau ada pun, bacaan mudah yang sudah kita hafaz sejak bangku sekolah.. ada juga antaranya adalah perbuatan harian yang kalau diniatkan sebagai ibadah kepada Allah untuk mengikut sunnah Nabi Muhamad s.a.w, ada pahalanya. Tak banyak, hanya 20 amalan disenaraikan untuk kita azam lakukan.

  1. Bersihkan mulut sebelum hadiri solat berjamaah
  2. Beri salam keluar rumah
  3. Beri salam masuk masjid
  4. Beri salam dan senyum bila bertemu orang Islam
  5. Bersalaman
  6. Solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat @ 4 rakaat sebelum solat Zohor, 2 rakaat selepas solat Zohor, 2 rakaat selepas solat Maghrib dan 2 rakaat selepas solat Isyak
  7. Banyakkan berdoa antara azan dan iqamah
  8. Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjamaah di masjid
  9. Rapatkan dan luruskan saf
  10. Baca lepas solat fardhu: Astaghfirullah 3x, ayat kursi, 3 qul, Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakhbar 33x
  11. Beri salam masuk ke rumah
  12. Berhenti 3 kali ambil nafas ketika minum
  13. Makan minum tidak terlalu kenyang
  14. Tidur sebentar waktu tengahari
  15. Tahan kanak-kanak dalam rumah menjelang waktu Maghrib
  16. Tutup pintu dan tingkap dengan baca “Bismillah” menjelang Maghrib
  17. Berwuduk sebelum tidur
  18. Baca ayat kursi sebelum tidur
  19. Baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakhbar 34x sebelum tidur
  20. Sebelum tidur, tadah tangan, baca 3 qul kemudian hembus pada tapak tangan, lalu sapu seluruh badan, ulang 3 kali

Jemput viralkan kepada kenalan lain. Sama-sama tuai pahala menyebarkan ilmu bermanfaat. #azam2016 #jomamalsunnah #sunnahmudah

Doakanlah dia

Assalamualaikum wbt & selamat pagi. Mari berpagi-pagi dengan saling mendoakan rakan-rakan yang lain untuk sesuatu kebaikan. Dalam kita fikir rakan itu tidak mengingati kita, rupanya di belakang kita dia mengingati kita di depan Allah.

Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)

Bacaan lanjut: http://www.islam.gov.my/en/praying-muslim-relative-without-his-knowledge-noble-practice-mohd-kamel-bin-mat-salleh-faith-purific

Selamatkah orang dengan lisan kita?

وعن أَبي موسى  رضي الله عنه  قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ أَيُّ المُسْلمِينَ أفْضَلُ؟ قَالَ: مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Daripada Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku katakan, ‘Wahai Rasulullah, muslim yang bagaimanakah yang paling utama?’ Baginda menjawab, ‘Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan tangannya.’” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Mari kita ambil hadith ini untuk sama-sama kita menjaga diri kita daripada mudah menyakiti orang lain. Menyebabkan orang tidak selamat dengan tangan (atau perbuatan fizikal), ia jelas dilihat dengan mata, maka ramai yang tidak melakukannya seperti memukul, mencuri dan membunuh. Namun bagaimana pula dengan menyebabkan orang tidak selamat dengan lisannya? Sama ada lisannya disebut dengan lidah, atau ditulis / ditaip, perhatikanlah kata-kata masing-masing, adalah ia menyakiti orang lain?

Adakah kata-kata kita mudah menuduh orang itu-ini fasik, syirik atau kufur?

Adakah kata-kata kita biasa mengejek, mencela, mencaci, memaki atau mencarut?

Adakah kata-kata umpatan sering kita ucapkan?

Adakah kita mudah sebarkan maklumat yang diterima tanpa disiasat keshahihannya?

Hati-hatilah. Semua itu bukan setakat menyebabkan orang lain tidak selamat daripada lisan kita, bahkan diri kita sendiri berisiko tidak selamat oleh kerananya.

Orang yang bercita-cita ke Syurga, mesti jaga lisannya (juga kemaluannya daripada zina), seperti dalam hadith:

Daripada Sahl bin Sa’ad dia berkata, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Barangsiapa yang memberi jaminan kepadaku apa yang ada di antara kedua rahangnya dan apa yang ada di antara kedua kakinya maka aku menjamin untuknya Syurga.”  (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Orang yang selamat daripada Neraka, mesti berfikir sebelum berkata-kata, adakah ia disukai Allah atau tidak, perhatikan hadith ini:

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda. “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan suatu kata-kata yang diredhai Allah tanpa dia fikirkan padanya, maka Allah mengangkatnya beberapa darjat. Dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang dimurkai Allah tanpa memikirkan sebelumnya, maka ia menjerumuskannya ke dalam Neraka Jahannam.” (Hadith Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)

Rasa diri kurang bijak untuk memikir baik-buruk sesuatu kata-kata? Maka, diam itu lebih baik, seperti saranan hadith:

Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda, “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Zaman media sosial dan viral sekarang ini, peganglah hadith-hadith ini sentiasa. Sebelum share, sebelum like, sebelum comment, fikirkan dahulu adakah ia membuatkan orang lain tidak selamat dengannya?

Berapa Ramai Penganut Syiah di Malaysia Sekarang?

10 Muharram, hari penganut agama Islam ramai berpuasa sunat hari Assyura, sebaliknya hari penganut agama Syiah mengadakan ritual mencederakan badan kononnya sebagai memperingati kematian Saidina Hussein r.a pada tarikh itu. Setakat ini kita belum dengar ritual begitu diadakan di Malaysia. Agaknya kalau jumlah penganutnya sangat ramai melebihi sejuta orang, mereka akan berani melakukannya dan mewar-warkannya. Tahun 2013, kata orang yang mengetuai Syiah di Malaysia ini, penganut Syiah mencecah sejuta. Berapa angka terkini agaknya?

Syiah Sejuta?

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/ketua-dakwa-ahli-syiah-cecah-sejuta-1.185196

Upacara Memukul Badan Penganut Syiah Melayu Malaysia

9 Muharram, satu hari saja lagi ke hari Assyura’, hari penganut agama Syiah memperingati kematian Saidina Hussein r.a sehingga tahap melukakan badan sendiri. Adakah upacara itu ada dilakukan oleh penganutnya di negara kita Malaysia? Setakat ini kita belum dengar mengenainya. Tapi kalau majlis memukul-mukul dada sambil menyanyi memuji-memuja Saidina Hussein r.a memang sudah ada bahkan mereka pernah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor beberapa tahun lepas. Tak percaya? Cuba tonton video ini dan dengar apa yang mereka sebut. Jika tidak dibendung, dari upacara memukul dada dengan tangan, tak mustahil satu hari nanti ada upacara memukul belakang badan dengan pisau, parang dan pedang.

 

Syiah patut dijauhi, bukan disantuni!

Ada kajian mendakwa di mana ada politik Islam (yang kuat), di situ akan ada Syiah menapak. Di mana ada sufi, di situ akan ada Syiah. Benarkah kajian ini?

Antara kebiasaan penganut Syiah ialah memohon doa pertolongan kepada Saidina Hussein r.a. Sedangkan dalam aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, permohonan doa mestilah hanya kepada Allah, memohon kepada selain Allah adalah syirik.

Kita tidak menuduh Habib dikenali ramai masyarakat Malaysia ini sebagai penganut Syiah, tetapi kita boleh katakan ajaran Syiah yang sesat telah disantuni olehnya. Syiah patut dijauhi bukan disantuni!

Video Qasidah memohon pertolongan kepada Saidina Hussein r.a: https://www.facebook.com/hamilalmisik/videos/854780571278207/

الجفري يستغيث بالاموات

Posted by ‎الداعية المسلم‎ on 29hb Julai 2015

Video lain (mohon maaf atas editing kepada gambar habib yang agak melampau itu) :

Laman web yang ditunjuk dalam video ini sudah dikemaskini. Ini URL yang baru (Oktober 2015), disertakan sekali print screennya: http://www.alhabibali.com/media_details/ln/ar/typeof/2/mediaid/5Ihwana dan rahimahullah?