Sebab Penganut Agama Syiah Mencederakan Badan Sendiri

10 Muharram hari upacara mencederakan badan sendiri bagi penganut agama Syiah kononnya sebagai tanda menyesal atas kematian Saidina Hussein r.a. Betul ke? Kematian Saidina Umar Al-Khattab r.a atas perancangan mereka pun mereka raikan, tapi tak cederakan badan. Kematian Saidina Ali r.a pun mereka tak raikan dengan memukul dan mencederakan badan. Sebab apa agaknya atas kematian Saidina Hussein r.a, mereka memukul badan? Ini ada jawapannya..Allah telah makbulkan doa Saidina Hussein r.a ketika menentang mereka. Doa ini diriwayatkan oleh ulama Sunni dan wujud juga dalam riwayat Syiah.

Sumber: https://www.facebook.com/gasmpage/photos/a.634031096632818.1073741827.632836833418911/900140226688569/?type=3

Kerana ianya sebagai bentuk penyesalan golongan Syiah atas dosa-dosa datok moyang mereka terdahulu terhadap Saidina Husain, dan juga kerana Allah telah memakbulkan Doa Saidina Husain ketika berhadapan dengan orang orang Syiah Kufah yang bersiap sedia bertempur dengan beliau, antara Doa Saidina Husain tersebut adalah “Binasalah kamu! Tuhan akan membalas bagi pihakku di dunia dan di akhirat, Kamu akan menghukum diri kamu sendiri dengan memukul pedang-pedang di atas tubuhmu dan mukamu akan menumpahkan darah kamu sendiri. Kamu tidak akan mendapat keberuntungan di dunia dan kamu tidak akan sampai kepada hajatmu. Apabila mati nanti sudah tersedia azab Tuhan untukmu di akhirat. Kamu akan menerima azab yang akan diterima oleh orang-orang kafir yang paling dahsyat kekufurannya”. kata kata Saidina Husain ini telah direkodkan oleh para ulama dan ahli sejarawan, bahkan juga dari tokoh syiah sendiri dalam Kitab Mulla Baqir Majlisi Jilaau Al’Uyun, m.s. 409