Tag: sihat negaraku

Perut boroi vs perut berketul macam roti

Nak tukar perut boroi jadi berketul-ketul macam roti ni?
.
Lemak bahagian perut ialah lemak paling susah disingkirkan.
.
Selepas asyik berjogging berbulan-bulan dan nampak berat badan sudah turun, tapi bahagian perut masih nampak tak banyak berubah, apa nak buat lagi? 
.
Cuba tambah rutin senaman untuk bahagian perut, buat carian “ABS Workout”, ada banyak boleh diikut, tapi mulakanlah dengan senaman tahap pemula / beginner sebelum cuba tahap intermediate dan advance.
.
Ada dakwaan buat senaman untuk perut akan naikkan otot perut, jadi ukuran pinggang tak berubah.
.
Itu betul bagi orang kurus yang tiada masalah lemak di bahagian perut.
.
Bagi mereka yang ada masalah lemak, senaman untuk bahagian perut akan bantu pembakaran lemak di bahagian perut sebelum otot-otot perut itu timbul kemudiannya.
.
Tapi kena ingat!
.
Biarkan perut kosong selama dua jam selepas bersenam.
.
Dalam tempoh dua jam itu, lemak yang tersimpan lama akan digunakan oleh badan yang dipaksa berkerja keras sebelumnya kerana perlukan bahan bakar untuk terus berkerja.
.
Kalau terus makan lepas bersenam, makanan yang dibekalkan itu yang akan diguna untuk bahan bakarnya, ia lebih mudah diproses berbanding proses membakar lemak yang tersimpan lama tu.
.
Cuba tips ini dan kongsikan perkembangannya selepas satu ke dua bulan di sini. 

Turun berat sementara lepas Ramadhan?

Mereka yang hadapi masalah lebih berat badan biasanya akan gembira lepas berakhir Ramadhan kerana nampak turun berat yang seakan signifikan.
.
Tapi lepas beberapa minggu bulan Syawal, berat naik semula.
.
Oh tidak.. Tiap tahun macam ni, apa yang tak kena? 
.
Saya kongsikan perkongsian jurulatih program penurunan berat badan terkenal di Malaysia.
.
Katanya, gemuk ada dua iaitu gemuk air dan gemuk lemak.
.
Gemuk air ni senang dan cepat untuk dikurangkan.
.
Kebanyakan produk penurunan berat badan akan dakwa berkesan dengan tunjuk testimoni turun berat badan berbelas kilo hanya dalam seminggu ke dua minggu.
.
Lepas tu, berat tak turun-turun dah.
.
Yang berlaku ialah gemuk air yang berkurang.
.
Kalau cuba tepuk bahagian berlemak seperti bawah lengan (triceps), akan nampak beralun laju seperti ringan saja isinya, itulah air yang tersimpan, bukan lemak.
.
Dalam tempoh awal program turunkan berat badan, memang simpanan air akan berkurang dulu.
.
Jadi, jangan berhenti atau kecewa bila berat lambat turun lepas penurunan yang banyak pada awalnya.
.
Mana datang air banyak-banyak tu?
.
Antara sebabnya ialah garam..
.
Maaf, kurang arif nak terangkan macam mana garam boleh sebabkan air terserap dalam badan dengan banyaknya.
.
Cuma boleh ajak fikir kesan garam kepada ikan masin yang digaramkan. Apa jadi pada ikan tu? Kering.. Sama juga dengan sotong kering, udang kering, ikan bilis, semuanya dibuang kandungan airnya dengan bantuan garam jadikan semua tu ada rasa masin.
.
Cuba kurangkan pengambilan garam atau bahan sodium lainnya untuk kurangkan simpanan air dalam badan.
.
Jom amalkan gaya hidup sihat selepas Ramadhan.