Tag: ‎fitMalaysia‬

Jom kempiskan perut!

Jom kempiskan perut!
.
Cuba buat senaman tidak sampai 10 minit begini setiap hari, lihat perubahannya selepas sebulan.
.
Tanpa apa-apa alatan tambahan, hanya dengan bantuan telefon pintar yang masing-masing ada, tanpa ambil masa yang panjang, tiada alasan lagi untuk tidak berusaha kempiskan perut.
.
Di samping senaman, jaga juga pemakanan yang diambil tiap hari ya!
.

Ramadhan, Pupuk Diri Tidak Membazir

Cuba jadikan Ramadhan kali ini masa untuk memupuk diri tidak membazir. Kira semula keperluan pengambilan makanan, makan secara berlebihan akan menambah lemak tak perlu pada badan, lihatlah saiz perut masing-masing, jangan rasa normal sebab orang keliling pun sama-sama simpan “tayar spare”. Fenomena el-nino baru-baru ini telah mengakibatkan pengeluaran padi dunia berkurang, sawah padi kering-kontang di India, Pakistan, Thailand, Vietnam dan lain-lain. Kalau sejuta orang yang sebelum ini makan nasi sepinggan penuh sama-sama kurangkan kepada suku pinggan sahaja, bayangkan berapa banyak bekalan beras dapat dijimatkan.

13330920_1094379727300728_3581812263637572613_n

Laporan di Harian Metro (8/6/2016)