el-ilmy.net https://el-ilmy.net Perkongsian ilmu untuk semua Mon, 01 Jan 2018 14:56:12 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.1.1 Rangka strategi untuk sihat dan kuat https://el-ilmy.net/2018/01/01/rangka-strategi-untuk-sihat-dan-kuat/ Mon, 01 Jan 2018 14:52:35 +0000 http://el-ilmy.net/?p=962 Sambung membaca Rangka strategi untuk sihat dan kuat]]> Tahun baru, ramai tanam azam baru.

.

Apa azam untuk kesihatan kita?

.

Ini contoh azam yang sesuai diikuti: sihat dan kuat demi kesejahteraan hidup.

.

Azam ini kita masukkan dalam strategy canvas dan ERRC grid, alatan dalam Blue Ocean Strategy (BOS)…ya, memang BOS untuk strategi perniagaan, tapi kita boleh sesuaikan untuk kehidupan kita juga dengan sedikit ubahsuai.

.

Strategy canvas dan ERRC grid ini dibina dengan bantuan aplikasi mudah alih dengan nama “Blue Ocean Leadership”, boleh didapati percuma di Google Play Store dan Apple AppStore.

.

Nak fahamkan betul-betul kedua-dua alatan ini, perlu baca buku Blue Ocean Strategy dan Blue Ocean Leadership, bagus untuk merangka strategi perniagaan, pekerjaan dan hidup kita.

.

 

Kita lihat graf pertama, yang warna merah ialah gaya hidup lama kebanyakan kita.. tinggi sifat malas bersenam, bila makan pula selalu ikut nafsu saja bukannya ikut keperluan kalori sebenar. Nak kurangkan lemak visceral, ada la juga rasa nak kurangkan, tapi lemak visceral masih pada paras tinggi. Pengambilan kalori? Tak tahu nak kira, atau tak pernah ambil peduli untuk kira lalu sering pengambilan adalah pada tahap tinggi berbanding sepatutnya. Saiz hidangan bila makan, jarang-jarang dikecilkan saiznya. Bersenam pula sangat jarang dilakukan. Cubaan meningkatkan saiz dan kekuatan otot hampir-hampir tiada.

.

Azam baru, kita ubah semua tu, lihat graf warna hijau untuk cadangan gaya hidup baru. Sifat malas bersenam, di paras bawah sekali iaitu perlu tiada langsung, begitu juga makan ikut nafsu kena ubah makan ikut ilmu. Lemak visceral mesti disasarkan pada paras yang rendah, begitu juga pengambilan kalori mesti disasarkan pada paras rendah bersama saiz hidangan yang dikurangkan ke saiz kecil. Senaman yang betul dan berkesan pula perlu kerap dilakukan. Usaha menambah saiz dan kekuatan otot perlu ditingkatkan bagi mengimbangi pengurangan lemak visceral. Akhir sekali, untuk memperkuat motivasi nak sihat dan kuat, dapatkan dan ikut panduan diet yang sihat, wujudkan mini gymnasium di rumah dan ikuti kumpulan yang ingin sama-sama sihat dan kuat.

.

Kesemua tindakan-tindakan gaya hidup baru itu juga dapat dilihat dalam ERRC grid seperti di bawah.

Itu hanya sebahagian cadangan tindakan perubahan boleh kita lakukan. Tindakan lain, boleh cuba sesuaikan dimasukkan dalam setiap kotak yang sesuai. Eliminate (E): apa perkara yang patut dihapuskan dan dihentikan untuk mencapai azam baru kita. Raise (R): apa perkara yang patut ditingkatkan dan ditambah. Reduce (R): apa perkara yang patut dikurangkan, dikecilkan dan diminimakan. Create (C): apa perkara yang patut dicipta dan diwujudkan. Cuba fikir-fikirkan, letakkan dalam kotak yang sesuai, kemudian laksanakan.

.

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera!

.

Ops…ada yang tanya apa itu lemak visceral. Mudahnya, ia adalah lemak simpanan sekitar organ dalaman kita akibat kita terlebih ambil kalori yang boleh mengganggu fungsi organ menyebabkan pelbagai komplikasi penyakit. Cari Google sendiri untuk tahu lebih lanjut. Siapa yang perutnya ke depan walaupun badan nampak tak gemuk, jangan rasa selesa, lemak visceral pada perut buncit itu sangat bahaya!

]]>
Cegah hipertensi sebelum terlambat https://el-ilmy.net/2017/12/16/cegah-hipertensi-sebelum-terlambat/ Sat, 16 Dec 2017 14:16:12 +0000 http://el-ilmy.net/?p=959

]]>
Gaduh jangan melampau! https://el-ilmy.net/2017/11/22/gaduh-jangan-melampau/ Wed, 22 Nov 2017 10:47:35 +0000 http://el-ilmy.net/?p=955 Hati-hati kawan! Bergaduh berpada-pada. Jangan melampau ketepikan akhlak, sanggup berdusta. Itu sifat orang munafik!

]]>
Amalkan buah-buahan https://el-ilmy.net/2017/11/20/amalkan-buah-buahan/ Sun, 19 Nov 2017 22:45:15 +0000 http://el-ilmy.net/?p=952 Nak bawa apa untuk pot luck jamuan akhir tahun sekolah?
.
Saya cadangkan ibu-ibu bawakan buah-buahan potong begini. Khasiat tinggi, mudah dan pasti menyihatkan.
.


#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus #sihatnegaraku#sihatdankuat #tipssihat #kospen #komunitisihatpembinanegara

]]>
Jimat ketika senang itu tanda iman https://el-ilmy.net/2017/11/07/jimat-ketika-senang-itu-tanda-iman/ Tue, 07 Nov 2017 10:43:16 +0000 http://el-ilmy.net/?p=950 Walaupun air hujan mencurah-curah turun di seluruh pelusuh negaraku Malaysia, saya nak kempen jimat air.

Berjimat ketika kekurangan air, itu amalan orang biasa.

Berjimat ketika air melimpah-ruah, itu amalan orang beriman.

Jom terus berjimat.

]]>
Musibah datang musibah pergi https://el-ilmy.net/2017/11/06/947/ Mon, 06 Nov 2017 14:40:21 +0000 http://el-ilmy.net/?p=947 Musibah datang musibah pergi
Tiap orang tiap diri
Berat ringan pasti diuji
Jadi tanda Tuhan sayangi

]]>
Apa itu darah tinggi? https://el-ilmy.net/2017/10/30/apa-itu-darah-tinggi/ Mon, 30 Oct 2017 00:38:26 +0000 http://el-ilmy.net/?p=944 30% daripada populasi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai tekanan darah tinggi.
.
Adakah salah seorangnya itu anda?
.
Ubah gaya hidup sekarang! Darah tinggi boleh membunuh serta-merta dengan datangnya sakit jantung dan melumpuhkan anda serta-merta dengan strok!
.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus#sihatnegaraku #sihatdankuat #tipssihat #kospen#komunitisihatpembinanegara

]]>
Aktifkan dirimu! https://el-ilmy.net/2017/10/29/aktifkan-dirimu/ Sun, 29 Oct 2017 00:35:49 +0000 http://el-ilmy.net/?p=941 Sambung membaca Aktifkan dirimu!]]> Aktifkan dirimu!
.
Berjalan 10,000 langkah sehari cecah 6km. Tentu sukar buat mereka yang kerja pejabat.
.
Jadi, kehilangan peluang itu patut diganti dengan aktiviti lain yang juga membakar kalori dengan banyak walaupun dilakukan hanya sebentar.
.
Apa pilihan yang ada? Saya pilih latihan Tabata atau high intensity interval training (HIIT).
.
Anda?
.
Jangan hanya aktif jari scrolling dan texting di screen ya. Ia tak membakar banyak kalori, langsung tidak mengurangkan kebuncitan perut.
.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus #sihatnegaraku#sihatdankuat #tipssihat #kospen #komunitisihatpembinanegara

]]>
Ubah gaya hidup! https://el-ilmy.net/2017/10/28/ubah-gaya-hidup/ Sat, 28 Oct 2017 15:33:37 +0000 http://el-ilmy.net/?p=938 Ubah gaya hidup, atau lihatlah satu masyarakat yang hampir keseluruhannya hadapi obesiti satu masa nanti.
.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus #sihatnegaraku#sihatdankuat #tipssihat #kospen #komunitisihatpembinanegara

]]>
Menangani stres dengan bijak https://el-ilmy.net/2017/10/28/menangani-stres-dengan-bijak/ Sat, 28 Oct 2017 14:27:28 +0000 http://el-ilmy.net/?p=935 Tertekan! Stres!
.
Ia sering berlaku pada setiap kita.
.
Bezanya ialah bagaimana kita menguruskannya?
.
Kenali tanda-tanda stres.
.
Ketahui cara menguruskan stres dengan betul.

.
#idad #fitmalaysia #fitmuslim #infosihat #jomkurus#sihatnegaraku #sihatdankuat #tipssihat #kospen#komunitisihatpembinanegara

]]>