Category: Rekabentuk Grafik

Gambaran Taqwa

Dalam Tafsir Ibn Kathir, disebut bahawa Umar Al-khattab r.a bertanya kepada Ubay bin Ka’ab r.a mengenai taqwa, lalu Ubay bertanya kepadanya: “Apakah engkau pernah melalui jalan berduri?” Umar menjawab: “Ya.” Ubay bertanya lagi: “Lalu apa yang engkau lakukan?” Umar menjawab: “Aku akan berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk menghindarinya.” Lalu Ubay mengatakan: “Itulah taqwa.” [Tafsir al-Baghawi (I/59) dan Jaami’ul ‘Uluum wal Hikam (I/260)]

Ini sedikit gambaran duri-duri yang patut kita elak untuk capai taqwa. mencapai_taqwa Untuk menempuh pelbagai duri, mesti dengan adanya ilmu. Kenali apa itu syirik, apa itu perintah Allah, apa itu larangan Allah, apa itu bid’ah, apa itu ahklak mazmumah, apa itu cerita dusta dalam agama dan apa itu dosa-dosa kecil. Tanpa mengenalnya, mana mungkin kita terlepas daripada tertusuk duri-duri itu?

Jom ubah! Amalkan gaya hidup sihat HARI INI!

Jom ubah!

Nabi Muhammad s.a.w masih mampu ketuai peperangan sengit dalam usia lebih 60 tahun, tapi ramai di kalangan masyarakat kini belum mencecah umur 60 tahun sudah mengambil pekej diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Jom ubah! Amalkan gaya hidup sihat HARI INI!

Maksud ayat 11 Surah Ar-Raad:

“Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.”

Info aplikasi:

  • Impetus untuk Android: pengira masa dengan set-set masa workout yang sedia untuk dipilih. (percuma)
  • iMuscle2 untuk iOS: panduan workout yang berkaitan tiap otot badan kita dengan macam-macam fungsi, animasi 3D dan interaktif. (percuma promosi bermula 29/11/2013, tak tahu berakhir bila)