Category: Puisi Melayu

Musibah datang musibah pergi
Tiap orang tiap diri
Berat ringan pasti diuji
Jadi tanda Tuhan sayangi

Hei penganut Syiah!

Hei penganut Syiah!
Bertaubatlah!
Jadilah ahli sunnah!
Syiah agama palsu agama punah!
Fikirlah waras atau akalmu rosak sudah? 
Agama yang betul ajarannya indah!
Bukan seru caci-maki sumpah-seranah!
Sahabat jasa besar kau umpamakan sampah!
Hari Assyura kau mandi tahi dan darah!
Inikah agama bawa ke Jannah?
Akhlak hancur syariat punggah!
Apatah lagi dengan aqidah!
Makhluk Tuhan kau pergi sembah!
Yang Allah buat habis kau sanggah!
Wahyu turun kau kata pada orang yang salah!
Al-Quran juga kau kata bukan yang inilah!
Amboi, punya celupar lidah!
Nak rasa tinggal di neraka terbawah?
Teruslah dengan Syiah sampai ajal menjengah!
Dah ke neraka nanti, jangan kata tak dengar dakwah!
Sedangkan fatwa diwarta kau buat tak endah!
Aku dah nasihat, tak nak dengar sudah!

ILMY, Sabtu 9 Muharram 1439 H.

Selamat

Asalkan selamat biar lambat
Biarlah mereka nak cepat
Punyalah akal singkat
Tak suka jammed melekat
Lorong kecemasan terasa lazat
Yang jauh jadi dekat
Makin hari terus tersemat
Asal jammed itulah cara yang diingat
Sampaikan ia undang akibat
Ambulans lalu jadi tersekat
Yang sakit dikejar tak sempat
Itulah angkara pembuat khianat
Pentingkan diri abaikan umat
Tak tahu itu mengundang musibat
Orang marah menghambur laknat
Sedang dizalimi doanya diangkat
Lalu hidup hilang berkat
Selalu saja rasa tak sihat
Fikir semula timbanglah sukat
Dosa itu cepatlah taubat
Sebelum nyawa dicabut Malaikat

IZINKAN KU BERMADAH

IZINKAN KU BERMADAH

Izinkan ku sesekali bermadah
Orang Melayu kan bahasanya indah
Cantik ritma lembut di lidah
Menghilang lara merungkai gundah
Disanjung tinggi hingga ke sudah
Bangkit bangsa bukannya mudah
Dalam berjuang doa ditadah
Lihatlah sejarah di negeri Kedah
Tamadun tua kini diendah
Artifak lama dibongkar dibedah
Bukti bangsa tak bertaraf rendah
Bangkitlah jangan terus diludah
Banyakkan bakti hai bangsa berfaedah.

Nukilan: Izatul Lail Mohd Yasar (I.L.M.Y), 2 September 2016