Tazkirah Subuh pagi ini menyebut berkenaan suatu sunnah yang dianjur dalam bulan Muharram iaitu berpuasa pada hari Assyura. Semoga dengan mengamal sunnah anjuran Nabi Muhammad s.a.w, cinta kita kepadanya semakin kuat, dan dengan cinta itu kita dapat bersama dengannya di Syurga kelak.
Dalam hadith shahih riwayat Imam Muslim menyebut seutama-utama puasa selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah: Muharram. Hadith lain juga daripada Imam Muslim menyebut, puasa Assyura menghapus dosa setahun yang lalu. Nabi s.a.w juga pernah berazam tahun hadapannya berpuasa pada 9 Muharram iaitu sehari sebelum hari Assyura agar berbeza dengan Yahudi yang juga berpuasa pada hari Assyura atas terima kasihnya kepada Allah yang menyelamatkan mereka dan Nabi Musa serta tenggelamkan Firaun dan tenteranya pada hari Assyura. Namun baginda s.a.w wafat sebelum tertunai azamnya.
Kata-kata (azam) Nabi Muhammad s.a.w itu menjadi sumber hukum mensunnahkan berpuasa juga pada 9 Muharram di samping 10 Muharram.
sedekah dan niatkan doa moga Allah ampun dosa dan mudahkn jln taubat dgn sedekah itu.
plajari smula ilmu agama (aqidah, fiqah, ahklak) dgn guru2 yg tinggi ilmu dan ahklaknya.
10 hari awal dzulhijjah ni sgt sesuai utk tibgkatkn amal ibadah. Bykkn puasa sunat, trutamanya jgn tinggal puasa hri arafah pd 9 dzulhijjah yg fadhilatnya Allah anpun dosa stahun yg lps dan stahun akan dtg. Galakkan ambil bahagian dlm ibadah kurban.
Moga sdikit panduan ini memudahkn jln bliau menuju redha Allah
Menyapu di atas khuf, kasut dan stokin ketika berwuduk dibenarkan dalam beberapa keadaan. Pernahkah anda melihat bentuk khuf? Bagaimana cara menyapu di atas khuf? Sila saksikan video ini dan download mp3 kuliah penuh di sini.
Dan jikalau Rabb-mu menghendaki, tentulah semua orang yang di muka bumi seluruhnya beriman. Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya? Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya.
Dalam sebuah hadith dalam kitab Shahih Bukhari disebut maksudnya;
Dari Abu Musa katanya Nabi sallallahu’alaihi wasallam bersabda; “Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutus aku untuk menyampaikannya, seperti hujan lebat jatuh ke bumi.
Bumi itu ada yang subur, menyerap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak.
Ada pula yang keras, tidak menyerap air hingga bertakung. Maka Allah memberi manfaat dengannya kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya) dan untuk bercucuk tanam.
Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain, iaitu di atas tanah yang tidak menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput.
Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah, yang aku diutus untuk menyampaikannya.”
Bagaimana berusaha untuk mendapat hidayah agar menjadi orang yang beriman? Tips yang dikongsi kali ini ialah menggunakan akal untuk berfikir. Berfikir dengan berpandukan apa yang ada di dalam ajaran Islam akan memimpin diri untuk bersetuju mengatakan bahawa Islam itu benar, lalu membenihkan rasa suka mengamalkan Islam, menumbuhkan ikhlas dan redha memenuhi tuntutan Islam, membuahkan rasa rindu, sayang dan cinta kepada Muhammad sallallahu’alaihi wasallam dan Allah yang memperkenalkan Islam melalui rasul-Nya. Rasailah kemanisan buah iman itu yang untuk memetiknya, ia perlu bermula dengan belajar dan berfikir apa yang dipelajari.
Wahyu pertama yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihi wasallam adalah “Iqra’ ” yang membawa maksud “Bacalah!”. Baca bukan sekadar bermaksud membaca tulisan-tulisan, bahkan menyeru menggunakan akal fikiran untuk berfikir. Menurut ulama tafsir, terdapat dua jenis kitab yang utama untuk dibaca dan fikir iaitu: Kitab Makhluk dan Kitab Munazzal. Kitab makhluk diertikan kepada seluruh alam ini yang mana ia terbentang luas untuk kita selidiki, mengkajinya dan memikirkan seperti mempelajari ilmu Sains angkasa, perubatan, sejarah, Geografi, matematik dan sebagainya. Manakala kitab Munazzal adalah kitab yang diturunkan oleh Allah iaitu Al-Quran. Dalam membuat kajian Kitab Makhluk, jika ia berpandukan kepada kitab Munazzal, dengan izin Allah, ia membawa kita kepada iman.
Termasuk sebagai kitab makhluk adalah diri kita sendiri. Ambillah suatu masa yang hening contohnya pada sepertiga malam sekitar pukul empat pagi, bangun dan renungi diri sendiri. Diri ini asalnya apa? Untuk apa diri ini hidup? Ke mana arahnya setelah diri ini mati?