Category: I’dad

Abaikan rekahan tumit kaki?

Abaikan rekahan tumit?
.
Ini pertanyaan saya kepada kaum lelaki.
.
Pernah tak cuba hilangkan rekahan tumit kaki? 
.
Bila solat berjamaah dengan warga asing seperti saudara kita dari Myanmar, Bangladesh dan Indonesia, saya perasan majoriti tumit kaki mereka bersih dari rekahan.
.
Eh, mereka kan kerja kasar.. Buruh binaan, buruh ladang.. Selalu berjalan kaki tak berkenderaan, tentu tapak kakinya lebih kasar, tapi tidak begitu?
.
Orang kita pula kaki manja, selesa memijak karpet lembut atau tile licin di rumah dan pejabat, tapi tumit kaki teruk?
.
Saya tak ada jawapannya kenapa begitu.
.
Tapi saya ambil tindakan cuba bersihkan tumit kaki saya selalu.
.
Tiap kali mandi, saya akan berus tumit kaki saya dengan berus yang sedikit kasar.
.
Tak mahal pun berus plastik tu, tak sampai RM2.
.
Hasilnya seperti dalam gambar, ya itu gambar tapak kaki saya.
.
Saya sudah konsisten amalkannya, mungkin 5 atau 6 tahun.
.
Saya lebih yakin air sampai ke anggota wudhu bahagian itu.
.
Saya teringat, ada hadith shahih riwayat Imam Muslim mengenai tapak kaki yang tak sempurna terkena air ketika wuduk, Nabi s.a.w kata “Celakalah tumit-tumit dengan api neraka, sempurnakanlah wudhu kalian dengan baik”.
.
Moga selamat tapak kakiku dari api neraka.
.
Saya bukan nak menghukum mereka yang abaikan rekahan tumit kaki tu wudhu tak sah, bukan.
.
Walaupun ada kotoran melekat celah rekahan tu, memungkinkan air tak sampai terkena kulit, biarlah yang arif ilmu fiqh bicarakannya.
.
Saya cuma nak ajak masing-masing cuba bersihkan.
.
Kalian yang membaca coretan ini, saya tanya lagi sekali.. Abaikan rekahan tumit ke selama ini?
.
Kalau ya, cuba bersihkan.
.
Saya ada jumpa beberapa petua untuk masalah tumit merekah, saya tak kongsikan di sini kerana saya tak tahu keberkesanannya.
.
Siapa ada petua berkesan, jemput kongsikan dengan saya.
.
Pihak jawatankuasa masjid dan surau mungkin boleh ambil peranan juga bantu kita bersihkannya dengan menyediakan berus dan sabun di tempat wudhu.
.
Sama-sama kita jaga kebersihan yang saya rasa ramai orang abaikan ini.
.
Hujung Ramadhan, kita berharap dapat capai taqwa hasil ibadah puasa, ini pun satu tips nak capai taqwa.
.
Taqwa diumpamakan berjalan di laluan berduri, kita jalan penuh berhati-hati sedaya upaya supaya tak terkena duri.
.
Begitu juga hidup kita, kita awasi apa-apa perkara yang boleh menjerumuskan kita ke neraka, kita penuh berhati-hati sedaya upaya supaya tak terjerumus ke neraka. 

Wuduk jimat air

Inilah cara wuduk jimat air yang dicari-cari selama ini.
.
Lepas tonton, saya terus praktik sampai sekarang.
.
Anda sudah? 
.
Membazir saudara syaitan, rujuk ayat 27 Surah Al-Isyra’.
.
Keluar dari madrasah Ramadhan nak jadi orang bertaqwa, sekurang-kurangnya dapatlah ubah yang satu ini.
.
Jemput kongsikan.