Dakwah

Sedia sahut seruan jihad?

Dari Anas berkata; “Bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengambil pedang pada waktu perang Uhud, lalu baginda bersabda: “Siapakah yang mahu mengambil pedang ini?” lalu orang-orang hendak mengambilnya, dan mereka semua tertuju kepadanya. Baginda bersabda lagi: “Siapakah yang akan mengambil pedang ini sesuai dengan haknya?” orang-orang mundur, lalu Abu Dujanah berkata; “Aku yang akan mengambilnya sesuai dengan haknya!” Lalu dia pun mengambilnya dan membelah barisan kaum musyrikin.”

Musnad Ahmad no. 11788

Diriwayatkan sejak itu Abu Dujanah menjadi seorang yang sangat berani dan banyak menewaskan musuh dengan pedang itu.

Bagaimana dengan kita agaknya bila diseru jihad akhbar. Sedia ke depan atau takut?

Susah sikit, jom kita cuba bersabar

Susah sikit, jom kita cuba bersabar. Masuk Syurga nanti, hilang langsung memori kita mengenai kesusahan hidup di dunia ni.

Dari Anas, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: “Dihari kiamat nanti, didatangkan seorang yang paling susah atau paling sengsara hidupnya di dunia dari penghuni surga. Lalu Allah AZZAWAJALLA berfirman “Celupkan dia sekali celupan di surga”. Para Malaikat lantas mencelupnya dalam surga sekali celupan, lalu Allah AZZAWAJALLA bertanya, “Wahai anak Adam, pernahkah kamu merasakan kesengsaraan sekalipun yang teringan atau merasakan sesuatu yang kau benci?” “Tidak, demi kemuliaan-Mu, saya tidak pernah melihat sesuatu yang saya benci sedikitpun.” Kemudian didatangkan seorang yang paling nikmat hidupnya di dunia dari penghuni neraka, lalu (Allah AZZAWAJALLA) berfirman, “Celupkan dia ke dalam neraka sekali saja.” Lalu dikatakan kepadanya, “Wahai anak Adam apakah kamu melihat kebaikan, yang menyejukkan pandangan matamu sedikit saja?” maka dia berkata; “Tidak, demi kemuliaan-Mu, saya tidak melihat ada kebaikan dan yang menyenangkanku sama sekali”.

Riwayat Imam Ahmad, rujuk Musnad Ahmad no. 13167

Sukanya mengejek!

Amboi seronoknya kongsi, share, bagi viral gambar edit troll orang yang mengamuk dengan cangkul tu? Dulu dah troll orang mengamuk pakai steering lock, kali ni makin banyak pula foto edit bagi troll. Seronoknya masyarakat kita bergelak-ketawa mengejek-ejek macam tu. Semua tak takut dihukum fasik oleh Allah?

Jom lihat semula ayat 11 Surah Al-Hujurat, aap kata Allah pasal perbuatan macam tu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
___________________________________

Jemputlah viralkan posting ini pula sebagai salah satu usaha taubat.

#viral #cangkulman #steeringlock

IZINKAN KU BERMADAH

IZINKAN KU BERMADAH

Izinkan ku sesekali bermadah
Orang Melayu kan bahasanya indah
Cantik ritma lembut di lidah
Menghilang lara merungkai gundah
Disanjung tinggi hingga ke sudah
Bangkit bangsa bukannya mudah
Dalam berjuang doa ditadah
Lihatlah sejarah di negeri Kedah
Tamadun tua kini diendah
Artifak lama dibongkar dibedah
Bukti bangsa tak bertaraf rendah
Bangkitlah jangan terus diludah
Banyakkan bakti hai bangsa berfaedah.

Nukilan: Izatul Lail Mohd Yasar (I.L.M.Y), 2 September 2016

Tanamkan niat untuk mati syahid

Satu saja perkara nak sebut sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang disambut hari ini, iaitu TANAMKANLAH NIAT UNTUK MATI SYAHID.

Niat bukan niat kosong tanpa berbuat apa-apa. Buahkanlah niat itu:

  1. Perkuatkan aqidah, tekuni jalan tauhid jangan tergelincir ke lembah syirik, teliti apakah nikmat-nikmat syurga dan azhab neraka yang menjadi arah tuju kita selepas mati.
  2. Perkuatkan ilmu, pelajari bagaimana menjadi muslim mukmin yang diredhai Allah, supaya syahidnya betul-betul diredhai.
  3. Perkuatkan mental, kuatkan tekad mati syahid dengan mendengar / membaca sirah Nabi s.a.w dan para sahabat, sirah para Rasul serta sejarah shahih perjuangan menegakkan Islam di serata dunia selepas zaman sahabat.
  4. Perkuatkan fizikal, jangan biarkan badan menggemuk dan mengurus tanpa usaha menjadi seorang muslim yang kuat, siap sedia bila seruan jihad akhbar dilaungkan.

Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim:

“Allah menjamin bagi orang yang berperang di jalanNya; dia tidak keluar kecuali untuk jihad di jalanKu dan dia beriman kepadaKu dan membenarkan para rasulKu, maka Aku menjamin akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang ke rumahnya dengan pahala dan harta rampasan perang.”

Bacaan lanjut apakah syarat-syarat untuk mati syahid: https://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/08/26/mati-syahid-syarat-dan-penghalangnya/