Category: Ahklak

Nak sihat, nak hidup bahagia elakkan sakiti hati orang

Contoh yang selalu sebabkan sakit hati orang ialah perbuatan potong Q.
.
Selain tu, kecaman-kecaman di media sosial pun makin bercambah membudaya dalam masyarakat, ini pun mengundang sakit hati orang yang dikecam. 
.
Menyakiti hati itu termasuk salah satu perbuatan menzalimi, jadi orang yang kena potong Q, semua sudah dizalimi.
.
Bayangkan semua yang kena potong Q itu doakan keburukan kepada orang yang potong Q tu. Tak perlu doa panjang, cukup sebut “Celaka engkau”.
.
Doa orang dizalimi ni, tiada hijab, tiada penghalang antara dia dengan Allah. Tak mustahil hidup orang yang potong Q tu akan sengsara dan celaka, tidak bahagia dan menderita, macam-macam penyakit datang.
.
Jadi, nak sihat, nak bahagia, elakkanlah sakiti hati orang.
.
Sumber foto dari page Jangan Potong Q

Mesej pendek menyeru taqwa

Kecelakaan besar kalau dosa-dosa tak terampun dalam Ramadhan ni. Bersungguhlah minta keampunan Allah.

Kenapa tak diampun dosa dalam bulan Ramadhan itu kecelakaan besar? Sebab Jibril doakan celaka dan Nabi s.a.w aminkan!

Orang bertaqwa takutkan siksa Allah di akhirat. Selain hati-hati dosa yang akan dilakukan, takuti juga dosa yang lalu.

Tak mampu banyakkan amalan untuk tambah pahala, jadi kurang-kurangkanlah amalan tambah dosa.

Orang bertaqwa risau jika dosa-dosanya tidak diampuni lalu perhebatkan taubat di hujung Ramadhan. Kita?

Tak rasa bersalah lepas buat dosa? Perhati dan hadam ayat Al-Quran yang ceritakan azab neraka untuk tingkatkan taqwa.

Dosa-dosa syirik tak diampuni tanpa taubat. Kenali syirik, hindari dan jangan ulangi.

Taqwa diertikan taat perintah dan larangan Allah. Tiap perbuatan, fikirkan dulu perintah dan larangan yang berkait.

Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Begitu nak bersihkan bid’ah masyarakat.

Andai dosa-dosa kecil umpama sebutir pasir hitam. Bila dihimpun tanpa diampun, gunung hitam juga jadinya. Bersihkanlah.

Orang bertaqwa hiasi peribadi dengan sifat-sifat mahmudah. Yang mazmumah cuba kikis dalam diri.

Semak sebelum sebar. Sabar sebelum sebar. Ini cara orang bertaqwa bila sampai suatu khabar.

Gerun! Seterika badan itu hukuman di neraka buat yang tak keluarkan zakat emas dan perak, rujuk ayat 35 Surah At-Taubah.

Gerun!Tetak badan itu hukuman untuk tentera musuh yang sangat kuat memusuhi Islam, rujuk ayat 12 Surah Al-Anfal.

Rujuk ayat 2 surah Al-Anfal, disebut nama Allah, gementar hatinya, dibawakan ayat Al-Quran, bertambah imannya.

Banyak ayat Al-Quran ceritakan azab hukuman Allah, cuba kita belek dan hadam moga tambah gementar hati.

Kulit yang sudah rosak kurang pedihnya terkena api. Di neraka, Allah elokkan semula kulit supaya berterusan pedihnya. Surah An-Nisa’, Ayah 56

Tahu tak apa minuman ahli neraka? Antaranya cairan logam besi atau tembaga, hangus badan bila minum! Surah Al-Kahf, Ayah 29, Surah Yunus, Ayah 4, Surah Ibrahim, Ayah 16 dan 17

Lihat surah Ad-Dukhan ayat 43 hingga 50 ada sebut makanan dan mandian ahli neraka.

Potong masuk lorong kecemasan itu perbuatan mazmumah membuat orang ramai sakit hati. Hentikannya! WhatsApp JPJ terus.

 

Cukuplah!

Cukuplah!
.
Ramadhan kali ni tercemar dek kes buli sampai mati, bergaduh sebab kurma, bertumbuk kerna mulut celupar sebut “kepala bapak kau”, ketegangan politik Saudi dan Qatar, apa lagi nak tambah??
.
Dalam Facebook pun tak habis-habis kecam, kutuk, ejek, sindir-perli..
.
Mana ucapan “Ramadhan karim” yang maksudnya Ramadhan mulia, maka kena beringat supaya tingkahlaku kita pun mulia juga.
.
Apatah lagi Ramadhan ini “mubarak”, diberkati. Amalan sedikit, ganjarannya berlipat ganda.
.
Kenapa mulut dan tangan masih tak nak jaga??
.
Sungguh kecewa diri ini!
.
Sudah-sudahlah tu..
.
Cuba tengok balik, puasa bulan Ramadhan ni apa tujuannya?
.
Kita dapat capai tak tujuan tu?
.
Nak jadi orang bertaqwa, tangan dan mulut kena jaga.
.
Nak jadi orang bersyukur, tangan dan mulut kena jaga.
.
Jomlah, berhenti sampai sini je biarkan tangan dan mulut tak terjaga tu.
.
Semak balik, macam mana ciri orang bertaqwa.
.
Semak balik, macam mana ciri orang bersyukur.
.
Sama-sama kita kongsi cara nak jadi orang bertaqwa dan bersyukur itu lebih baik.
.
Atau pun tahan saja tangan dan mulut tu daripada menaip-menyebut apa-apa di media sosial ni.
.
Kalau nak bersama saya, kongsikan hash tag #TipsTaqwa dan #TipsSyukur.
.
Sama-sama kita perbanyakkan bekalan ke akhirat.
.
Satu orang ikut tips kita, bertambah bekalan pahala di akhirat.
.
Satu orang kongsi tips kita, bertambah panjang tips tersebar, bertambah banyak bekalan pahala di akhirat.
.
Tak nak selamat dan bahagia ke di akhirat?
.
Kalau nak, jom tahan tangan dan mulut tu, jom kongsi tips jadi orang bertaqwa dan bersyukur.

Kemewahan Dunia Hanya Tipu Daya

Tiap yang bernyawa akan mati. Yang ke Syurga yang betul-betul berjaya. Kemewahan dunia hanya tipu daya. Rujuk Al-Imran ayat 185:

(كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ)
[Surat Aal-Imran 185]

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”