Day: July 1, 2017

iMuscle 2 – Panduan senaman pilihan

iMuscle 2 – App pilihanku untuk panduan senaman setempat atau circuit training.
.
Boleh dapatkan di AppStore dan PlayStore dengan harga bawah RM10, cari dengan kekunci “iMuscle 2”.
.
Banyak kelebihan iMuscle 2 berbanding lambakan aplikasi lain, berbaloi membelinya. 
.
Antara bagusnya yang dapat dikongsikan, pertama ia menyenaraikan lebih 600 jenis senaman yang boleh kita pilih untuk pelbagaikan, jadi tidak bosanlah walau senaman hanya di ruang tamu rumah tiap hari, tapi macam-macam cara boleh kita cuba lakukan. Ada fungsi carian dan tapisan untuk 600 jenis senaman tu. Siapa tiada alatan senaman, boleh buat tapisan tanpa alatan, tengok berapa banyak senaman boleh buat dengan percuma.

Kedua, ia memaparkan grafik dan video 3D otot kita tanpa kulit, tak menggunakan foto dan video orang sebenar, sesuai untuk orang Islam yang diperintah tundukkan pandangan.
.
Pada paparan utama keseluruhan gambaran otot kita, boleh klik mana-mana bahagian otot, akan ditunjukkan apa senaman yang akan memberi kesan utama dan kedua kepada otot itu. Gunakan ikon pisau, untuk hilangkan otot luar dan tinjau otot dalam pula.
.
Ketiga, iMuscle 2 juga sediakan fungsi menetapkan sendiri susunan jenis senaman, kita boleh pilih dan susun mana-mana dari lebih 600 jenis senaman yang ada.
.
Dapatkanlah aplikasi ini untuk membantu kita bersenam dengan lebih baik, termotivasi dan tidak menjemukan.
.
Bagi pembayar cukai pendapatan, peruntukan RM300 setahun untuk beli alatan untuk senaman, ada potongan cukai boleh dibuat sebanyak itu setiap tahun.

I’dad satu perkara penting yang umat Islam perlu perhatikan.

Kita sedih dan marah bila saudara kita di Palestin, Syiria, Myanmar dan lain-lain dizalimi dibunuh sesuka-hati, tapi adakah kita buahkan kesedihan dan kemarahan itu dengan mempersiapkan kekuatan ke medan jihad akhbar?

Atau terus leka memanjakan diri dengan makan-minum yang lazat hingga dibiarkan badan menggemuk? Leka dengan hiburan nyanyian, drama rekaan, realiti tv lawak-jenaka, filem baru saban minggu dan bulan? Leka dengan hobi mencantikkan kereta, mencantikkan rumah, mencantikkan fesyen?

Ayuh sama-sama sedarkan masyarakat, persiapkan kekuatan iman, kekuatan fizikal diri, kekuatan kewangan dan apa-apa lagi kekuatan agar Islam yang dulunya gagah akan terus gagah. Akhir zaman semakin dekat, jika jihad akhbar diseru ketika kita sedang hidup, adakah kita akan menolak dengan pelbagai alasan yang alasan sebenar ialah kita tak pernah persiapkan diri?

#idad #fitmalaysia #fitmuslim

Perut boroi vs perut berketul macam roti

Nak tukar perut boroi jadi berketul-ketul macam roti ni?
.
Lemak bahagian perut ialah lemak paling susah disingkirkan.
.
Selepas asyik berjogging berbulan-bulan dan nampak berat badan sudah turun, tapi bahagian perut masih nampak tak banyak berubah, apa nak buat lagi? 
.
Cuba tambah rutin senaman untuk bahagian perut, buat carian “ABS Workout”, ada banyak boleh diikut, tapi mulakanlah dengan senaman tahap pemula / beginner sebelum cuba tahap intermediate dan advance.
.
Ada dakwaan buat senaman untuk perut akan naikkan otot perut, jadi ukuran pinggang tak berubah.
.
Itu betul bagi orang kurus yang tiada masalah lemak di bahagian perut.
.
Bagi mereka yang ada masalah lemak, senaman untuk bahagian perut akan bantu pembakaran lemak di bahagian perut sebelum otot-otot perut itu timbul kemudiannya.
.
Tapi kena ingat!
.
Biarkan perut kosong selama dua jam selepas bersenam.
.
Dalam tempoh dua jam itu, lemak yang tersimpan lama akan digunakan oleh badan yang dipaksa berkerja keras sebelumnya kerana perlukan bahan bakar untuk terus berkerja.
.
Kalau terus makan lepas bersenam, makanan yang dibekalkan itu yang akan diguna untuk bahan bakarnya, ia lebih mudah diproses berbanding proses membakar lemak yang tersimpan lama tu.
.
Cuba tips ini dan kongsikan perkembangannya selepas satu ke dua bulan di sini.