Mesej pendek menyeru taqwa

Kecelakaan besar kalau dosa-dosa tak terampun dalam Ramadhan ni. Bersungguhlah minta keampunan Allah.

Kenapa tak diampun dosa dalam bulan Ramadhan itu kecelakaan besar? Sebab Jibril doakan celaka dan Nabi s.a.w aminkan!

Orang bertaqwa takutkan siksa Allah di akhirat. Selain hati-hati dosa yang akan dilakukan, takuti juga dosa yang lalu.

Tak mampu banyakkan amalan untuk tambah pahala, jadi kurang-kurangkanlah amalan tambah dosa.

Orang bertaqwa risau jika dosa-dosanya tidak diampuni lalu perhebatkan taubat di hujung Ramadhan. Kita?

Tak rasa bersalah lepas buat dosa? Perhati dan hadam ayat Al-Quran yang ceritakan azab neraka untuk tingkatkan taqwa.

Dosa-dosa syirik tak diampuni tanpa taubat. Kenali syirik, hindari dan jangan ulangi.

Taqwa diertikan taat perintah dan larangan Allah. Tiap perbuatan, fikirkan dulu perintah dan larangan yang berkait.

Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak. Begitu nak bersihkan bid’ah masyarakat.

Andai dosa-dosa kecil umpama sebutir pasir hitam. Bila dihimpun tanpa diampun, gunung hitam juga jadinya. Bersihkanlah.

Orang bertaqwa hiasi peribadi dengan sifat-sifat mahmudah. Yang mazmumah cuba kikis dalam diri.

Semak sebelum sebar. Sabar sebelum sebar. Ini cara orang bertaqwa bila sampai suatu khabar.

Gerun! Seterika badan itu hukuman di neraka buat yang tak keluarkan zakat emas dan perak, rujuk ayat 35 Surah At-Taubah.

Gerun!Tetak badan itu hukuman untuk tentera musuh yang sangat kuat memusuhi Islam, rujuk ayat 12 Surah Al-Anfal.

Rujuk ayat 2 surah Al-Anfal, disebut nama Allah, gementar hatinya, dibawakan ayat Al-Quran, bertambah imannya.

Banyak ayat Al-Quran ceritakan azab hukuman Allah, cuba kita belek dan hadam moga tambah gementar hati.

Kulit yang sudah rosak kurang pedihnya terkena api. Di neraka, Allah elokkan semula kulit supaya berterusan pedihnya. Surah An-Nisa’, Ayah 56

Tahu tak apa minuman ahli neraka? Antaranya cairan logam besi atau tembaga, hangus badan bila minum! Surah Al-Kahf, Ayah 29, Surah Yunus, Ayah 4, Surah Ibrahim, Ayah 16 dan 17

Lihat surah Ad-Dukhan ayat 43 hingga 50 ada sebut makanan dan mandian ahli neraka.

Potong masuk lorong kecemasan itu perbuatan mazmumah membuat orang ramai sakit hati. Hentikannya! WhatsApp JPJ terus.

 

Comments are closed.