Monthly Archives: December 2016

Rakyat mengikut kesukaan rajanya

Menurut sejarah, rakyat biasanya mengikut kesukaan rajanya.

Ada raja suka makan, rakyat pun sibuk cerita pasal masakan terhebat, chef yang bagus, makanan apa paling sedap, restoran mana paling best…

Ada raja suka kuda, rakyat pun cerita hariannya banyak pasal kuda siapa paling hebat, siapa juara lumba kuda, apa ciri kuda terbaik, berapa harga kuda paling mahal.

Ada raja kesukaannya perempuan, rakyat pun hari-hari cerita pasal siapa paling cantik, banyak wujud produk kecantikan, pertandingan ratu cantik.

Ada raja suka dgn Al-Quran, sana-sini tiap hari rakyatnya sembang pasal Al-Quran, lumba hafaz paling banyak, cari qari paling merdu, berkumpul dengar tafsir.

Malaysia? Adakah raja kita selama ini sukakan duit dan hiburan? Sampaikan sana-sini rakyat cakap pasal nak kaya, MLM, skim cepat kaya agen insurans.. sana-sini hiburan nyanyian, lawak jenaka, filem-drama sentiasa di hati rakyat?

Apa pun kesukaan sang raja, apa pun yang rakyat terbanyak mengikut, kita pandai-pandailah tapis, ikut yang baik, tinggalkan yang buruk.

Saya dengar raja kita kali ni suka solat berjamaah. Jom ikut yang ini!

Penghuni neraka nak keluar dari neraka

Jumaat datang lagi, jadikanlah Jumaat hari untuk kita ingat kedahsyatan kiamat dan alam akhirat.

Ahli neraka nanti akan rasa azab yang sangat pedih, sampai mereka rasa nak lari keluar dari neraka. Bila mereka nak keluar saja, mereka akan dimasukkan semula ke dalam neraka. Macam manalah pedihnya tu?

Masa hidup di dunia, Allah berikan sedikit keperitan @ kesakitan @ azab untuk kita beringat, azab neraka berlipat ganda, janganlah tidak dipedulikan peringatan tu.

Lihat ayat 20 hingga 22 Surah As-Sajadah, maksudnya:

Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.[20] Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.[21] Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami tetap membalas.[22]

Dahsyatnya kiamat, semua yang disayang akan dilupakan ketika itu

Hari ini hari Jumaat, jom lihat Surah ‘Abasa ayat 33 hingga 37 untuk mengingati kedatangan kiamat pada hari Jumaat:

[33] Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat, [34] Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, [35] Dan ibu bapanya, [36] Dan isterinya serta anak-anaknya; [37] Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

Dahsyatnya hari kiamat, orang yang sangat disayang, orang yang menjadi tempat bergantung meminta bantuan, semua akan dilupakan kerana masing-masing memikirkan nasib dirinya sendiri. Sebelum terlambat, peliharalah diri dari kedahsyatan neraka ketika berpeluang hidup di dunia ini.