Month: October 2016

Sukanya mengejek!

Amboi seronoknya kongsi, share, bagi viral gambar edit troll orang yang mengamuk dengan cangkul tu? Dulu dah troll orang mengamuk pakai steering lock, kali ni makin banyak pula foto edit bagi troll. Seronoknya masyarakat kita bergelak-ketawa mengejek-ejek macam tu. Semua tak takut dihukum fasik oleh Allah?

Jom lihat semula ayat 11 Surah Al-Hujurat, aap kata Allah pasal perbuatan macam tu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَىٰ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ ۚ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
___________________________________

Jemputlah viralkan posting ini pula sebagai salah satu usaha taubat.

#viral #cangkulman #steeringlock

Ubah Tabiat Buruk

Sempena Maal Hijrah, nak cakap sikit pasal ubah tabiat buruk.

Tabiat ni macam “auto-pilot”, macam tak sedar buat benda tu. Lama-lama jadi kebiasaan, hingga lebih teruk kalau jadi seperti sifat tabii, semula jadi. Contoh sifat tabii seperti kucing, bila nak buang air tabiinya akan korek pasir, tabii ayam nak mencakar masa mematuk untuk makan dan lain-lain.

Bagi kita manusia, cuba kita perhati diri kita, ada tak perbuatan yang menjadi tabiat buruk, yang terpupuk sekian lama tanpa kita sedar, menjadi satu kemestian yang kita tak endahkan keburukannya?

 

Senaraikan dan cuba sedari perbuatan itu dan hijrah diri untuk tinggalkannya. Apa cara nak tinggalkannya? Mulakan dengan sedari bahawa itu adalah tabiat yang buruk, fikir adakah ia disenangi oleh orang lain atau tidak. Kemudian, dengan diri yang sedar, ubahlah ia.

Contoh tabiat buruk yang sedikit demi sedikit boleh terpupuk dalam diri jika kita tak sedar ianya adalah suatu yang buruk:

  1. Bila masuk dewan ceramah, duduk belakang.
  2. Bila sesak sedikit, potong barisan, lebih buruk lagi, masuk ke lorong kecemasan untuk memotong.
  3. Bila berkumpul, mengumpat orang.
  4. Bila beza pendapat, kecam dan londehkan keperibadiannya.
  5. Bila ada masa terluang, belek sosial media WhatsApp, Facebook dan lain-lain di telefon, abaikan sosial depan mata dengan keluarga dan orang sekeliling.
  6. Sila tambah…