Jaga aurat daripada dipandang anak kecil

Ayat 58 dan 59 Surah An-Nur merupakan panduan asas bagaimana menjaga aurat daripada dipandang anak-anak kecil. Mereka tak patut dibiar terdedah adegan pasangan lelaki perempuan dalam keadaan terbuka pakaian luarnya, apatah lagi adegan intim suami-isteri walaupun hanya mukadimah seperti berpeluk dan bercium. Bukan hanya adegan depan mata, tutuplah juga adegan dalam tv, majalah, papan iklan, gambar dan video dalam gajet telefon pintar atau tablet. Semua itu rupanya sekian lama masyarakat pandang enteng tidak ditutup, akibatnya anak-anak pra-sekolah dan tadika sudah berani mencuba adegan itu kepada rakan-rakannya. Ibu bapa, sila pantau anak-anak kalian.

Maksud ayat 58 dan 59 Surah An-Nur:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang (yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

Jemput para asatizah dan rakan-rakan sampaikan perkara ini kepada masyarakat.

Comments are closed.