Monthly Archives: June 2016

MELAYU BANGSA BERGUNA

MELAYU BANGSA BERGUNA

Masih kreatif Malayu kita
Walau tiada sasterawan muda
Karya segar bukan yang lama
Tersebar jauh di alam maya
Tanpa nama empunya cipta
Sukar dicari kata-kata siapa
Teknologi ICT pemudah bicara
Sana-sini orang membaca
Lepas baca sebarkan pula
Asalkan seronok kongsi bersama
Namun sebenarnya kita dahaga
Tandus karya penuh makna
Mana isinya teguran berguna
Jarang sekali sampai ke telinga
Yang ada hanya gurau-senda
Ada sindir sakitkan jiwa
Kosong nasihat pengubat duka
Ayuhlah Melayu jangan mudah lupa
Kita ini bangsa bijaksana
Nenek-moyang dah tunjuk lama
Budaya santun budaya siapa
Hilangkah dari setiap kita
Bahasa lunak titipan kata
Elok teguran cantik bicara
Masuk telinga diterima jiwa
Gerakkan hati ubah segala
Amal buruk dilempar saja
Ambil nasihat apa dibaca
Barulah Melayu bangsa berguna.

Karya Izatul Lail Mohd Yasar (I.L.M.Y), 10 Ramadhan 1437 @ 15 Jun 2016 untuk disebarkan.

Ramadhan, Pupuk Diri Tidak Membazir

Cuba jadikan Ramadhan kali ini masa untuk memupuk diri tidak membazir. Kira semula keperluan pengambilan makanan, makan secara berlebihan akan menambah lemak tak perlu pada badan, lihatlah saiz perut masing-masing, jangan rasa normal sebab orang keliling pun sama-sama simpan “tayar spare”. Fenomena el-nino baru-baru ini telah mengakibatkan pengeluaran padi dunia berkurang, sawah padi kering-kontang di India, Pakistan, Thailand, Vietnam dan lain-lain. Kalau sejuta orang yang sebelum ini makan nasi sepinggan penuh sama-sama kurangkan kepada suku pinggan sahaja, bayangkan berapa banyak bekalan beras dapat dijimatkan.

13330920_1094379727300728_3581812263637572613_n

Laporan di Harian Metro (8/6/2016)