Month: December 2015

Azam amalkan sunnah mudah

Apa azam 2016? Asyik ulang azam sama setiap tahun? Cuba azam mudah ini. Azamlah amalkan amalan-amalan sunnah yang mudah ini, tidak perlu menghafaz zikir-zikir baru, tak perlu hafaz doa-doa, kalau ada pun, bacaan mudah yang sudah kita hafaz sejak bangku sekolah.. ada juga antaranya adalah perbuatan harian yang kalau diniatkan sebagai ibadah kepada Allah untuk mengikut sunnah Nabi Muhamad s.a.w, ada pahalanya. Tak banyak, hanya 20 amalan disenaraikan untuk kita azam lakukan.

  1. Bersihkan mulut sebelum hadiri solat berjamaah
  2. Beri salam keluar rumah
  3. Beri salam masuk masjid
  4. Beri salam dan senyum bila bertemu orang Islam
  5. Bersalaman
  6. Solat sunat 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat @ 4 rakaat sebelum solat Zohor, 2 rakaat selepas solat Zohor, 2 rakaat selepas solat Maghrib dan 2 rakaat selepas solat Isyak
  7. Banyakkan berdoa antara azan dan iqamah
  8. Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak berjamaah di masjid
  9. Rapatkan dan luruskan saf
  10. Baca lepas solat fardhu: Astaghfirullah 3x, ayat kursi, 3 qul, Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakhbar 33x
  11. Beri salam masuk ke rumah
  12. Berhenti 3 kali ambil nafas ketika minum
  13. Makan minum tidak terlalu kenyang
  14. Tidur sebentar waktu tengahari
  15. Tahan kanak-kanak dalam rumah menjelang waktu Maghrib
  16. Tutup pintu dan tingkap dengan baca “Bismillah” menjelang Maghrib
  17. Berwuduk sebelum tidur
  18. Baca ayat kursi sebelum tidur
  19. Baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakhbar 34x sebelum tidur
  20. Sebelum tidur, tadah tangan, baca 3 qul kemudian hembus pada tapak tangan, lalu sapu seluruh badan, ulang 3 kali

Jemput viralkan kepada kenalan lain. Sama-sama tuai pahala menyebarkan ilmu bermanfaat. #azam2016 #jomamalsunnah #sunnahmudah

Doakanlah dia

Assalamualaikum wbt & selamat pagi. Mari berpagi-pagi dengan saling mendoakan rakan-rakan yang lain untuk sesuatu kebaikan. Dalam kita fikir rakan itu tidak mengingati kita, rupanya di belakang kita dia mengingati kita di depan Allah.

Daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim)

Bacaan lanjut: http://www.islam.gov.my/en/praying-muslim-relative-without-his-knowledge-noble-practice-mohd-kamel-bin-mat-salleh-faith-purific