Day: October 19, 2015

Sejarah Pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab

Pembunuhan Saidina Umar Al-Khattab r.a dirancang oleh saki-baki raja Parsi yang berdendam kerana kerajaan Parsi ditumbangkan atas kepimpinannya. Selepas itu barulah agama Syiah muncul. Bangsa Parsi yang dulunya menyembah api telah diislamkan selepas tumbangnya Parsi kepada Islam. Mereka kemudiannya telah dipaksa menganut agama Syiah oleh saki-baki raja Parsi ini yang kelihatan ingin berkuasa semula. Siapa yang enggan menganut Syiah akan dibunuh. Maka ramailah bangsa Parsi yang sudah Islam dibunuh. Kekejaman demi kekejaman, akhirnya mereka berjaya memperluas penganut Syiah bersekali dengan berjayanya menubuhkan negara republik Iran.

Syiah agama yang bertopengkan Islam, hakikatnya mengajar syirik, merekacipta ibadah baru yang sesat, melazimi akhlak buruk mencerca para sahabat dan bertapak dengan cara paksa mengalirkan darah Umat Islam. Sedarkanlah masyarakat supaya tidak dekati Syiah dan Iran yang muncul bersama Syiah.

Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2340565200625&set=a.1231040423199.2033077.1444797937&type=3

Hari itu, 26 Zulhijjah 23H..

Di waktu subuh yang hening, seluruh Bumi Madinah dikejutkan dengan berita pembunuhan Amirul Mukminin, pemimpin agung bagi hampir dua pertiga dunia, ‘Umar Al-Khatthab. Pada zaman pemerintahannya, dunia menyaksikan berlaku beberapa pembukaan kota-kota besar dunia seperti Baitul Maqdis dan kerajaan Parsi. Kehebatan tentera ‘Umar yang bertukar-tukar panglima perang telah begitu menakutkan seluruh kerajaan Parsi, sehingga akhirnya dunia menyaksikan bagaimana tumbangnya sebuah empayar agung Parsi ke tangan Islam.

Pun begitu, setelah hampir dua tahun kota Parsi dibuka, masih ada beberapa raja Parsi yang masih hidup. Sepanjang tempoh dua tahun mereka merancang untuk membunuh ‘Umar dengan cara yang paling licik. Ibn Kathir menulis didalam Al-Bidayah wan-Nihayah tentang dialog seorang raja Parsi, Hurmuzan bersama ‘Umar. Dialog itu berakhir dengan ‘pengislaman’ Hurmuzan di hadapan ‘Umar sendiri. Namun, beberapa kaum Muslimin sudah pun meragui keislaman Hurmuzan. Seorang sahabat, Al-Mughirah bin Syu’bah, yang juga merupakan penterjemah antara ‘Umar dan raja Parsi, telah mengambil Fairuz, seorang pemuda Majusi yang berasal dari Rom, sebagai hamba. Pemuda ini didapati mempunyai banyak kemahiran yang mampu dimanfaatkan oleh umat Islam. Atas sangka baik yang ada pada ‘Umar, maka Fairuz, yang kemudiannya digelar Abu Lu’lu’ah, telah dibenarkan untuk tinggal dan bekerja di dalam Madinah, walaupun keislamannya diragui. Tanpa disangka-sangka, perancangan awal untuk membunuh ‘Umar telah disusun oleh Hurmuzan, bekas raja Parsi yang mengaku memeluk Islam. Abu Lu’lu’ah telah ditugaskan untuk melaksanakan pembunuhan itu. Beberapa kejadian protes seperti tidak mahu membayar cukai sebagai hamba yang bekerja, telah dibangkitkan oleh Abu Lu’lu’ah. Tempahan membuat pedang dan senjata juga tidak mahu diterima kerana protes. Kesemua peristiwa ini menambah dendam Abu Lu’lu’ah kepada ‘Umar.

Pagi itu, seperti biasa, penduduk Madinah datang berbondong-bondong ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Abu Lu’lu’ah juga hadir dan dia mengambil saf yang paling hadapan, betul-betul di belakang ‘Umar yang menjadi imam. Ketika solat Subuh dimulai, Abu Lu’lu’ah tiba-tiba menikam ‘Umar bertubi-tubi dari belakang dengan menggunakan pisau belati beracun. Lalu ‘Umar jatuh tersungkur di lantai masjid dengan berlumuran darah. Abu Lu’lu’ah kemudiannya cuba melarikan diri namun dihalang oleh jemaah yang lain. Dia tidak berputus asa malah tidak henti-henti menghayunkan pisau bermata dua yang masih ditangannya menyebabkan seorang demi seorang sahabat yang lain gugur. Akhirnya, dia dapati telah menikam dirinya sendiri hingga mati.

Selesai solat Subuh yang diimamkan oleh Abdul Rahman bin Auf, ‘Umar dibawa pulang ke rumahnya untuk menerima rawatan. Tabib yang merawat beliau memberinya minum pati buah kurma namun selepas ditelan, keluar cecair merah dari luka pada bahagian perut ‘Umar. Pada masa itu, mereka tidak dapat memastikan sama ada cecair merah itu ialah darah mahupun pati buah kurma yang baru ditelan. ‘Umar kemudiannya diberi minum susu dan cecair putih pula yang keluar dari perut ‘Umar! Melihat kepada keadaan ‘Umar yang sungguh kronik itu, tabib itu kemudiannya memberi isyarat supaya ‘Umar segera menulis wasiat.

‘Umar akur dan segera memanggil Uthman bin Affan untuk menuliskan wasiatnya. Beliau melantik 6 orang ahli syura untuk mengadakan mesyuarat bagi melantik salah seorang daripada mereka untuk menjadi khalifah yang terdiri daripada Uthman bin Affan, Abdul Rahman bin Auf, Ali bin Abi Talib, Thalhah bin Ubaidullah, Zubair bin Al-Awwam dan Saad bin Abi Waqas.

Setelah menyempurnakan wasiatnya, Khalifah Umar wafat pada hujung bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah bersamaan tahun 644 Masihi pada usia 63 tahun. Beliau wafat 2 hari selepas peristiwa yang sungguh tragik ini. Jasad Khalifah Umar Al-Khattab kemudiannya disemadikan bersebelahan dengan manusia yang paling dicintainya iaitu Rasulullah SAW.. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya buat ‘Umar Al-Faarooq dan memberi peluang untuk kita menatap wajahnya dan bersama dengan mereka di syurga-Nya kelak. Amin…