Monthly Archives: August 2015

Raya Korban: Tak korban, tak raya!

Raya hampir tiba lagi. Ayat raya korban, dalam ayat 2 surah Al-Kautsar:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Jom jadikan amalan korban sebagai amalan tetap setiap Eidul Adha seperti mana amalan Solat raya kita mesti nak buat, macam tu jugalah korban pun kita patut rasa mesti nak buat. Kalau tak Solat raya, tak rasa macam raya, kalau tak berkorban tak rasa macam raya.

Tak perlu banyak, memadai satu keluarga satu bahagian lembu atau seekor kambing walaupun si bapa ada empat isteri dan 20 orang anak.

Mari kita tonton video rakaman kuliah mengenai ibadah korban ini untuk ulangkaji hal-hal berkaitan korban, apa yang patut apa yang tak patut dilakukan dalam korban banyak diterangkan dalam kuliah ini:

Peringatan ringkas dalam Ibadah Korban:

Jumaat Hari untuk Menggerunkan hati!

Jumaat hari akan berlakunya kiamat. Maka ia sering dijadikan hari menggerunkan hati terhadap kiamat. Lalu Solat Subuh pagi Jumaat biasa Nabi s.a.w membaca surah As-Sajdah rakaat pertama dan surah Al-Insan rakaat kedua, kedua-dua surah ada cerita kedasyatan kiamat. Masa khutbah Jumaat pun Nabi menyeru taqwa yang menggerunkan hingga kadang nampak merah muka baginda berkhutbah menunjukkan betapa seriusnya isi yang disampaikan.

Apakah kita asyik nak mengingat Jumaat sebagai hari untuk pasangan suami isteri ‘beradu’ sedangkan kesahihan hadith yang mengatakannya ia sunat pada malam Jumaat betulkah ada?

Ayuh berubah, jadikan Jumaat hari menggerunkan hati kepada kiamat. Kiamat diri kita sendiri (mati) boleh datang tiba-tiba. Gerunilah ia!