Monthly Archives: August 2014

Ayat 33 Surah Al-Maidah yang menggerunkan

Ayat 33 Surah Al-Maidah sememangnya ayat yang menggerunkan buat mereka yang memusuhi Islam. Maksud ayatnya:

“Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.”

Wallahu’alam, sama ada beliau kusyuk mendengar hingga ayat ini menggetar hatinya, atau tindak balas daripada jin syaitan dalam badannya bila mendengar ayat azab begini seperti kebiasaan mangsa sihir bila dibacakan ayat azab, kita tak tahu.

Doakan sahaja semoga beliau dan kita yang menonton memperoleh hidayah daripada kejadian ini.

Video dikatakan Perdana Menteri Mesir, Jeneral Fattah As-Sisi yang menjatuhkan Dr Morsi Hafizahullah semasa revolusi tentera yang dicanang dengan bantuan Amerika.. hampir tumbang semasa solat apabila ayat ini dibacakan imam solat itu. Klik imej untuk menonton video itu: