Monthly Archives: July 2013

Ingat, apa itu misi puasa

Misi menggemukkan iman dan mengkuruskan badan melalui Ramadhan, apa kesudahannya? Berjaya atau gagal? Baki 9-10 hari ini kena all out untuk capai misi.

Lalu sangat malanglah mereka yang melalui Ramadhan sekadar proses hidup tahunan tanpa apa-apa misi.

Ingat apa itu misi puasa, jangan laluinya tanpa apa-apa misi:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, SUPAYA KAMU BERTAQWA”. (Maksud Ayat 183, Surah Al-Baqarah)

Apa Hasilnya Buat Dirimu?

15 hari sudah Ramadhan bertamu,
Setengah bulan lagi menunggu,
Apa hasilnya buat dirimu?
Badan makin kurus rasa makin ayu?
Iman makin gemuk atau makin layu?
Kemaskanlah langkah mari bergerak laju,
Bonus berganda janji Tuhanmu,
Kutiplah ia sebanyak mampu,
Ibarat jalanraya berlorong satu,
Dengan Ramadhan kini seperti lorong seribu,
Masing-masing pecut kereta dipacu,
Jangan masih ada yang buat tak tahu,
Bergerak perlahan mahu tak mahu,
Apakan daya mata dah kelabu,
Raya sahaja bermain di kalbu,
Itulah kebiasaan umat Melayu,
Mari berubah jangan membatu,
Perkemas ibadah amal dengan ilmu,
Moga diredhai Allah Yang Satu.