Monthly Archives: December 2011

Puasalah pada 9 dan 10 Muharram.

Tazkirah Subuh pagi ini menyebut berkenaan suatu sunnah yang dianjur dalam bulan Muharram iaitu berpuasa pada hari Assyura. Semoga dengan mengamal sunnah anjuran Nabi Muhammad s.a.w, cinta kita kepadanya semakin kuat, dan dengan cinta itu kita dapat bersama dengannya di Syurga kelak.

Dalam hadith shahih riwayat Imam Muslim menyebut seutama-utama puasa selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah: Muharram. Hadith lain juga daripada Imam Muslim menyebut, puasa Assyura menghapus dosa setahun yang lalu. Nabi s.a.w juga pernah berazam tahun hadapannya berpuasa pada 9 Muharram iaitu sehari sebelum hari Assyura agar berbeza dengan Yahudi yang juga berpuasa pada hari Assyura atas terima kasihnya kepada Allah yang menyelamatkan mereka dan Nabi Musa serta tenggelamkan Firaun dan tenteranya pada hari Assyura. Namun baginda s.a.w wafat sebelum tertunai azamnya.

Kata-kata (azam) Nabi Muhammad s.a.w itu menjadi sumber hukum mensunnahkan berpuasa juga pada 9 Muharram di samping 10 Muharram.

Wallahu’alam.