Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’ ayat 32:

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat terbaru: setiap 1 jam, 4 bayi luar nikah didaftar. Kalau campur yang tidak didaftar, yang dibunuh, yang dibuang? Tentu lebih ramai lagi. Untuk 4 bayi satu jam, sebanyak 34,560 bayi luar nikah dilahirkan dan didaftarkan. Apakah yang anda nampak daripada angka ini?
Cuba fikirkan, kebarangkalian hamil daripada persetubuhan, adakah hanya sekali persetubuhan, terus hamil? Tidak begitu kebarangkaliannya. Dengan mengambil jumlah 34,560 bayi luar nikah dilahirkan dan didaftarkan, kita pasti telah berlaku lebih daripada 34,000 kali zina berlaku seluruh negara dalam setahun. Jika dibahagi dengan jam, mungkin lebih 5 kes zina berlaku dalam satu jam di seluruh negara.
Dan perzinaan itu tidak mungkin berlaku hanya seorang diri, mesti ada seorang lelaki dan seorang perempuan yang mana jika dilihat daripada jumlah di atas, telah wujud lebih 69,120 orang penzina sepanjang tahun di negara kita (34,560 x 2 orang) dengan andaian sepasang penzina melahirkan seorang bayi dalam tahun itu.
Cukuplah di situ kita punya kira-kira, andai anda masih tidak rasa bimbang, muhasabahlah semula diri anda dengan soalan, “Di tahap mana iman saya?”
Musibah zina sangat besar, tetapi ramai tidak mempedulikannya. Cuba anda fikirkan. Dalam 40-50 tahun lagi jika zina yang membudaya ini dibiar, pada masa itu masing-masing ibunya tidak sah keturunannya, masing-masing bapanya tidak sah keturunannya, mungkin datuk dan neneknya juga tidak sah keturunannya.
Jadi, bolehkah mereka dinisbahkan sebagai keturunan bangsa Melayu yang dibangga-banggakan sekarang ini? Layakkah mereka tanpa sahnya keturunannya? Maka, bangsa Melayu ini boleh hilang bila susur jalur keturunan hilang kerana tidak sah kelahirannya. Wahai pejuang bangsa, bawalah hukum Islam untuk perangi zina.
Sesuatu kaum itu boleh hilang dengan beberapa sebab, antaranya:
Itu salah satu musibah besar yang dibawa oleh zina yang menjadi budaya pada zaman ini. Kita perlu hapuskan budaya ini untuk memelihara keturunan bangsa kita. Wahai ibu wahai bapa, perhatikanlah anak-anak anda, dengan siapa mereka berkawan, apa yang mereka buat di luar pengetahuan kita, jangan biarkan anak-anak anda menjadi penghapus bangsa sendiri.
Tazkirah Subuh pagi ini menyebut berkenaan suatu sunnah yang dianjur dalam bulan Muharram iaitu berpuasa pada hari Assyura. Semoga dengan mengamal sunnah anjuran Nabi Muhammad s.a.w, cinta kita kepadanya semakin kuat, dan dengan cinta itu kita dapat bersama dengannya di Syurga kelak.
Dalam hadith shahih riwayat Imam Muslim menyebut seutama-utama puasa selepas puasa bulan Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah: Muharram. Hadith lain juga daripada Imam Muslim menyebut, puasa Assyura menghapus dosa setahun yang lalu. Nabi s.a.w juga pernah berazam tahun hadapannya berpuasa pada 9 Muharram iaitu sehari sebelum hari Assyura agar berbeza dengan Yahudi yang juga berpuasa pada hari Assyura atas terima kasihnya kepada Allah yang menyelamatkan mereka dan Nabi Musa serta tenggelamkan Firaun dan tenteranya pada hari Assyura. Namun baginda s.a.w wafat sebelum tertunai azamnya.
Kata-kata (azam) Nabi Muhammad s.a.w itu menjadi sumber hukum mensunnahkan berpuasa juga pada 9 Muharram di samping 10 Muharram.
Wallahu’alam.
Telah disebut oleh seorang pengamal perubatan dan rawatan atas gangguan jin dan sihir berkenaan ada lebih 70 nama-nama yang digunakan manusia itu merupakan nama-nama jin yang mengakibatkan mereka sering diganggu jin, lalu dinasihatkan agar nama-nama ini dielakkan. Ikuti ulasan dan analisa saya.
Cuba Fikir Sejenak
Dulu pernah tersebar video wanita bertelekung yang dirasuk sedang dirawat mengeluarkan suara garau, suara tu kata namanya Idrus. Jadi, adakah lepas menonton video tu, kena blacklist manusia bernama Idrus? Cari sendiri di youtube dengan keyword “rasuk hantu brunei”.
Kalau nanti ada video suara jin kata namanya Ibrahim, kena blacklist la nama Ibrahim? Bahkan jika nama jin itu “Muhammad”, bagaimana??
Satu perkara boleh difikirkan, orang Arab suka namakan anak dengan nama ‘Abdullah, boleh jumpa berpuluh-puluh ‘Abdullah dalam satu tempat. Kalau ustaz ini buka klinik di negara Arab, kemudian ramai yang datang itu namanya ‘Abdullah, adakah ustaz akan katakan juga nama ‘Abdullah sering diganggu Jin, jangan beri nama anak ‘Abdullah. Macam tu kah?
Walau pun beliau mendapati nama-nama itu sering menjadi mangsa gangguan/sihir/sakit yang berkunjung ke kliniknya, ia bukan sebab sebenar mereka menjadi mangsa. Tidak termasuk dalam sunnatullah (hukum sebab-akibat), sebab nama sekian, akan jadi sekian.
Dan kepercayaan ini boleh menjatuhkan diri orang yang percaya ke lembah syirik / menyekutukan Allah.
Kepercayaan syirik orang dahulu: Nama anak panjang dan berat ditanggungnya menyebabkannya selalu sakit dan menangis, bila diberi nama timangan seperti Nanang, Ghedok, Kachuk, Atan dan sebagainya baru dia sihat dan tak selalu menangis.
Analisa Kesalahan
Fakta yang benar menurut aqidah/kepercayaan Islam:
Analisa kes:
Jika setiap kali sebelum berhubungan jenis, doa ini telah dibaca, kemudian isterinya mengandung dan melahirkan anak, lalu diberi nama Najwa, anak ini dijanjikan akan terhindar dari syaitan selamanya. Ia bertentangan dengan dakwaan bahawa manusia yang bernama Najwa akan sering diganggu jin.
Kesimpulan
Kepercayaan Mengundang Syirik
Bagaimana menjadi syirik? Iaitu apabila dakwaan ini mengangkat sifat mahkluk menyamai sifat tersendiri bagi Allah:
Jadi, kepercayaan ini adalah kepercayaan syirik yang perlu dihindari.